Saturday, April 2, 2011

Pesan Pada Muslimah Itu

Beritahu pada muslimah itu,
Dirinya ibarat kaca,disentuh terguris,dihempap berkecai
Beritahu pada muslimah itu,
Jaga tutur kata,cakap tinggi nanti dibenci,cakap sombong mengundang lawan,
Hati-hati dalam meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa

cantik wanita pada akhlaknya


Beritahu pada muslimah itu,
Jaga tingkah laku,harga diri terletaknya di situ,jangan menurut telunjuk nafsu,
Sesekali tersilap langkah,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian tiada guna
Beritahu pada muslimah itu,
Jaga pakaian,ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,di mana dan dalam apa keadaan pun
Biar orang kenal,dia orang ISLAM
Beritahu pada muslimah itu,
Simpan secebis malu,kerana malu itu sebahagian daripada iman