Saturday, June 8, 2013

JODOH !! - When we ' talk ' about it

'Bila nak kawen? '/ Balik kawen? / Bila turn kau?'

Bila? Bila dan bila? Itulah soalan yang kerap ditanya/suka ditanya bila aku nak balik cuti sem,bila ada pasangan/kawan rapat/family yang kawen. Honestly, entah kenapa orang-orang suka cakap hal/topik ni,suka cakap pasal kawen, n bla..bla...bla..Aku tahu ianya sunnah, melengkapkan separuh daripada agama lagi,dapat pahala yg berganda-ganda. Sapa tak nak. Tapi kenapa soalan tu? Aku rasa mereka yang bertanya juga tahu jawapannya.Jawapan tentang jodoh yang dirahsiakan Allah. (siapa dan bila) Ianya sama seperti sebut tentang kematian.Kita tak tahu bila, di mana dan bagaimana. Seperti itulah sebuah jodoh. Selagi belum sampai jodohh, belumlah aku tahu siapa dan bila.

Kahwin Muda dan Langkah Bendul

Aku bukanlah seorang individu yang menentang isu kawen muda or kawen masa study. Tidak sama sekali. Malah, ak menyokong sebab telah tiba jodoh mereka di usia yang muda. (jeles). Cuma aku sedikit 'cuak' dengan soalan cepumas yang orang sering tanya. Paling buat aku rasa cuak, masa adikku(muda setahun) kawen awal dari aku. (istilah betulnya langkah bendul).Sejujurnya, aku tidak merasa apa-apa bila dia menyatakan ingin mendirikan masjid. Malah aku tumpang gembira dan bahagia. Lebih-lebih lagi dia kawen di perantauan tanpa ada ummi dan abah di sisi. Jadi, akulah wakil kehormat dari keluargu yang membantu menyiapkan segala segi keperluan majlis pernikahannya yang dibuat secara sederhana. Aku gembira campur sedih. Sedih bukan dilangkah bendull, tapi sedih kerana memikirkan masa-masanya bersamaku mungkin terhad. Tidak seperti dulu. Yelah,aku dan adikku agak rapat,sering bersama,jadi selepas 'naik pangkat',tanggungjawabnya lebih utama kepada sang suami. Dan aku tahu itu. Soal kawen muda,itu cita-citaku, tapi aku akur pada takdirku.Takdir Tuhan memilih adikku. Dan langkah bendul telah memilih aku untuk merasanya (haha). Aku bahagia dengan adikku, bertemu jodoh di usia mudanya.



" Masyarakat Prihatin "

Setiap kali cuti sem or dapat rezeki balik Malaysia, akan datang masyarakat yang sangat prihatin lebih prihatinnya aku pada diriku sendiri.Prihatin tentang jodohku.

" Bila pulak kau nak kawen?"

"Adik dah kawen,kakak bila pula?"

Apa boleh buat,aku menjawab dengan senyuman. Senyum yang kelat.Aku bukan benci pada soalan itu, cuma aku muak.Muak pada soalan yang tiada jawapannya padaku.Namun jika mood aku elok sikit, aku jawab " doakan ya":. Haha. Actually, aku tak tahu apa yang aku maksudkan dengan "doakan aku". Well,it's normal kan since kita mintak org doakan kita sesuat yg baik. Right?
Lalu,aku ingin menyeru pada masyarakat yang prihatin (?), berhentilah menyoalku kerana jawapan tiada padaku. Ianya pada Dia. Dia lebih mengetahui. Dan terima kasih atas keprihatinan semua.

Perancangan

Aku manusia yang suka merancang. Untuk hidup dan masa depanku.Tapi, perancanganku mungkin bukan yang terbaik untukku dan aku redha.Ya, aku redha. Soal jodoh, biarlah kemudian aku memikirkannya. Biarlah aku dengan perancanganku. Biarlah aku menimba ilmu sepuas-puasku. Biarlah aku membantu parentsku sepuas-puasku. Bila telah tiba masanya,jangan risau, satu dunia aku akan khabarkan. Hehe. InsyaAllah.

Pesanan untukku dan untukmu.

Untuk sesiapa sahaja yang sering memikirkan soal jodoh,usahlah terlalu difikirkan. Usah terlalu dirisaukan.Yang harus kita lakukan,lengkapkan diri kita dengan perbanyakkan amalan,InsyaAllah,masa yang tepat dan orang yang tepat telah Allah aturkan. Berdoalah pada-Nya. Dia Maha Mendengar.Mengadulah padanya. Dia Maha Mengetahui. Buat aku dan buat kamu, yakin pada Allah. Dia sedang mengatur apa yang terbaik buat kita.

" Tidak semua orang bertemu JODOH, tapi semua orang akan bertemu KEMATIAN "

Friday, June 7, 2013

Aku hanya seorang " aku"


Aku sungguh tak pandai merangka kata sekalipun ingin aku huraikan ungkapan kata-kata yang bersemadi dalam hatiku.

Aku seorang " aku", manusia biasa yang bila berkata keluarlah sedikit nista
Aku seorang " aku" yang bukan sempurna, tak akan sempurna sampai bila-bila
Aku seorang " aku" yang sentiasa mengharap pada yang dicinta
Aku seorang " aku" yang sentiasa mencuba dan ingin mencuba
Aku seorang " aku" yang melukai dan juga terluka
Aku seorang " aku" yang menangis sambil tertawa

Jika kau lihat mata "aku", sungguh aku ini buta
Jika kau lihat bibir "aku", sungguh aku bisu
Jika kau lihat telinga "aku", sungguh aku tuli
Jika kau lihat hati " aku", sungguh aku kotor
Jika kau lihat wajah " aku", sungguh aku tipu

Aku buta melihat kebaikan mu
Aku bisu mengungkap kebaikan mu
Aku tuli mendengar kebaikan mu
Aku kotor untuk menerima kebaikan mu
Aku tipu memahami segala kebaikan mu

Memang harus aku dilupakan manusia
Memang harus aku dibuang manusia
Lantaran egoku menggunung tinggi
Aku bertopeng kan wajah yang suci

Demi Tuhan yang menutup aibku
Aku malu pada manusia dan Tuhanku.

Sungguh aku hanyalah " aku"


hatiku tiadalah apa-apa.
kerna aku tiada harganya.
diriku bukan sapa-sapa.
kerna aku hanya sementara.

sebelumku menutup mata, ingin aku coretkan sesuatu untukmu
sebelum aku pergi dari dunia, ingin aku melihat ke matamu
sebelum aku pergi selama-lamanya, berbahagialah mu
sebelum aku jadi buta, izinkan aku melihatmu

aku bukan " aku" lagi yang dulu

Aku ingin Bercerita


Aku ingin bercerita pada- Mu
rasa hatiku
apa yang ku rasa.
Walaupun KAU tahu, tapi aku ingin cerita.
Di waktu aku mampu menghadap-Mu
Di waktu aku harus menghadap-Mu.

Aku ingin bercerita dengan-Mu
Pada waktu hanya Kau mendengarku
Pada waktu sepi menemaniku.



Tuhan,
aku ingin cerita
dan aku ingin bercerita
dalam hatiku, ada bermacam cerita

Tuhan,
dengarkan ceritaku untuk-Mu.

Ceriteraku.

Bismillahirrahmanirrahiim...

What's Up?!

It's has been a long time since aku xupdate blog aku.Nak cakap busy, actually tak ada apa-apa yang menyibukkan aku. Masih 'terperangkap' dalam cuti. Cuti sebelum summer sem bermula. Huhu. Sebenarnya cuti tak lah lama. Sekejap je. Tapi, cuti ni terasa lamanya. Mungkin hanya duduk di bilik. Nothing much to do. Tambahan pula, cuaca panas sedikit menghalang pergerakan nak kelar pergi mana-mana. Nak buat aktiviti indoor pun kerjanya menghadap lappy je lah. Perlu sambung buat novel,karyakan puisi tapi semuanya memerlukan idea, idea dan idea. Terasa otak beku masa cuti ni. Nak baca buku, ada sedikit malas (hehehe) sebab cepat rasa mengantok.Huhu.

Something New


Aku selalu ingin cuba sesuatu yang baru. Sesuatu yang boleh menghilangkan bosanku. Pendek kata, hobi baru selain daripada surf internet, baca buku,menulis. Aku nak cari sesuatu yang memerlukan pergerakan. Know what? It's cooking!! Yes! cooking. Sememangnya aku suka memasak tapi sekali aku ada mood nak masak,ak nak try semua benda. Tapi bila tak ada mood nak masak aku tak masuk dapur pun. Jeling pun tak. Haha. Well, lately aku sibuk mengintai beberapa resepi kat internet. Truly speaking, aku lebih banyak interest nak buat dessert,or something masakan kek-kek gitu. Unfortnately, aku kekurangan alatan memasak seperti pengukus or bahan-bahan yg lain. (Hul)

Be Positive

It's okay, Tak mengapa. Aku harap aku masih kekalkan semangat aku dalam bidang masak -memasak. InsyaAllah. Lagipun, aku sedang mengumpul pelbagai resepi yang akan aku cuba. May Allah ease..InsyaAllah. Sesuatu yang baik, kalau kita niat yang baik, InsyaAllah hasilnya baik-baik saja. So, let's me be positive always. Aku merancang nak beli alatan memasakku supaya impianku terlaksana. Aamiin...

Oh! Sebenarnya, lately aku ada try sesuat yg baru aku buat. Puding Agar-agar oreo. Alhamdulillah, hasilnya sedap dan aku pun puas hati. Tapi sayangnya, aku tak ada ambik gambar pulak. It's okay,next time aku akan share. InsyaAllah.Hehe.





Well,sampai di sini sahaja entri aku kalini. Tak tahu nak tulis apa. As usual, my quote for today :

# Jangan takut mencari pengalaman sebab pengalaman lah yang akan mematangkan kita. ^^