Saturday, June 8, 2013

JODOH !! - When we ' talk ' about it

'Bila nak kawen? '/ Balik kawen? / Bila turn kau?'

Bila? Bila dan bila? Itulah soalan yang kerap ditanya/suka ditanya bila aku nak balik cuti sem,bila ada pasangan/kawan rapat/family yang kawen. Honestly, entah kenapa orang-orang suka cakap hal/topik ni,suka cakap pasal kawen, n bla..bla...bla..Aku tahu ianya sunnah, melengkapkan separuh daripada agama lagi,dapat pahala yg berganda-ganda. Sapa tak nak. Tapi kenapa soalan tu? Aku rasa mereka yang bertanya juga tahu jawapannya.Jawapan tentang jodoh yang dirahsiakan Allah. (siapa dan bila) Ianya sama seperti sebut tentang kematian.Kita tak tahu bila, di mana dan bagaimana. Seperti itulah sebuah jodoh. Selagi belum sampai jodohh, belumlah aku tahu siapa dan bila.

Kahwin Muda dan Langkah Bendul

Aku bukanlah seorang individu yang menentang isu kawen muda or kawen masa study. Tidak sama sekali. Malah, ak menyokong sebab telah tiba jodoh mereka di usia yang muda. (jeles). Cuma aku sedikit 'cuak' dengan soalan cepumas yang orang sering tanya. Paling buat aku rasa cuak, masa adikku(muda setahun) kawen awal dari aku. (istilah betulnya langkah bendul).Sejujurnya, aku tidak merasa apa-apa bila dia menyatakan ingin mendirikan masjid. Malah aku tumpang gembira dan bahagia. Lebih-lebih lagi dia kawen di perantauan tanpa ada ummi dan abah di sisi. Jadi, akulah wakil kehormat dari keluargu yang membantu menyiapkan segala segi keperluan majlis pernikahannya yang dibuat secara sederhana. Aku gembira campur sedih. Sedih bukan dilangkah bendull, tapi sedih kerana memikirkan masa-masanya bersamaku mungkin terhad. Tidak seperti dulu. Yelah,aku dan adikku agak rapat,sering bersama,jadi selepas 'naik pangkat',tanggungjawabnya lebih utama kepada sang suami. Dan aku tahu itu. Soal kawen muda,itu cita-citaku, tapi aku akur pada takdirku.Takdir Tuhan memilih adikku. Dan langkah bendul telah memilih aku untuk merasanya (haha). Aku bahagia dengan adikku, bertemu jodoh di usia mudanya.



" Masyarakat Prihatin "

Setiap kali cuti sem or dapat rezeki balik Malaysia, akan datang masyarakat yang sangat prihatin lebih prihatinnya aku pada diriku sendiri.Prihatin tentang jodohku.

" Bila pulak kau nak kawen?"

"Adik dah kawen,kakak bila pula?"

Apa boleh buat,aku menjawab dengan senyuman. Senyum yang kelat.Aku bukan benci pada soalan itu, cuma aku muak.Muak pada soalan yang tiada jawapannya padaku.Namun jika mood aku elok sikit, aku jawab " doakan ya":. Haha. Actually, aku tak tahu apa yang aku maksudkan dengan "doakan aku". Well,it's normal kan since kita mintak org doakan kita sesuat yg baik. Right?
Lalu,aku ingin menyeru pada masyarakat yang prihatin (?), berhentilah menyoalku kerana jawapan tiada padaku. Ianya pada Dia. Dia lebih mengetahui. Dan terima kasih atas keprihatinan semua.

Perancangan

Aku manusia yang suka merancang. Untuk hidup dan masa depanku.Tapi, perancanganku mungkin bukan yang terbaik untukku dan aku redha.Ya, aku redha. Soal jodoh, biarlah kemudian aku memikirkannya. Biarlah aku dengan perancanganku. Biarlah aku menimba ilmu sepuas-puasku. Biarlah aku membantu parentsku sepuas-puasku. Bila telah tiba masanya,jangan risau, satu dunia aku akan khabarkan. Hehe. InsyaAllah.

Pesanan untukku dan untukmu.

Untuk sesiapa sahaja yang sering memikirkan soal jodoh,usahlah terlalu difikirkan. Usah terlalu dirisaukan.Yang harus kita lakukan,lengkapkan diri kita dengan perbanyakkan amalan,InsyaAllah,masa yang tepat dan orang yang tepat telah Allah aturkan. Berdoalah pada-Nya. Dia Maha Mendengar.Mengadulah padanya. Dia Maha Mengetahui. Buat aku dan buat kamu, yakin pada Allah. Dia sedang mengatur apa yang terbaik buat kita.

" Tidak semua orang bertemu JODOH, tapi semua orang akan bertemu KEMATIAN "