Wednesday, April 27, 2011

Hadiah untuk Diri


Datang sudah hari ini, Hari dimana dulu aku dilahirkan 20 tahun lalu, Hari dimana orang tertawa sekaligus haru, Menjelang perkenalanku dengan dunia ini, Akhirnya aku tahu, Bahwa dalam cerita hidup, ada manis ada pahit, Ada juga penolakan, ada penerimaan, Lalu akhirnya aku belajar, Menerima dengan seluas hatiku, Membuatku lebih bahagia, lebih menghargai hidup, Melihat hidup sesuai dengan usiaku.

selamat hari lahir,diri!


Ya Allah, rahmatilah usiaku,
Rahmatilah kehidupanku,
dahulu, kini dan akan datang..
Ya Allah, berkatilah usiaku,

andai usiaku ini membawa kepada kebaikan terhadap kehidupanku sebgai hambaMu,
seandainya tidak terjadi perkara itu,
tamatkanlah hayatku dengan husnul khatimah.

Ya ALlah, percantikkanlah akhlaq dan kehidupanku,
sebgaimana Kau mempercantikkan kejadianku..

Ya Allah, letakkanlah ketenangan dalam setiap ibadahku,
letakkanlah kesenangan didalam cahaya petunjuk-Mu,
dan letakkanlah kebahagiaanku didalam setiap ujian yang ku terima diatas landasan-Mu
dan letakkanlah pengakhiranku dalam pengabdianku mengejar cinta dan redha-Mu.


Ya allah,panjangkanlah usiaku.
Agar lebih lama dapat ku mentaatimu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga di akhirat kelak ku mangutip hasilnya,
Ya allah tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku
Jadikanlah cahaya-Mu yang bersinar menyinari jalanku
Rehatku adalah rantaian zikir
Rantai yg ku kalungkn pd leherku
Sbgai tanda cintaku pd mu.
Ya allah,engaku tidak mensia-siakan segala usahaku
Mncari haruman syurga ciptaanmu
Tmpat rehat nikmat dan abadi.

Aamiin..


p/s : Kakiku menjejak dalam kehidupan, genap 20 tahun kini.
20 tahun, meminjam kehidupan dari Pencipta.. 

p/s : Alhamdulillah,,terima kasih atas ingatan dan doa semua.Gembira dapat mesej dari orang2 yang tersayang.



Tuesday, April 26, 2011

Nilai Cinta Sahabat


“Cinta yang engkau berikan pada seorang teman
Itu tanda sempurnanya iman
Bila dengan tulus hati
Kau mencintai dirinya bagai diri sendiri
Empati kepada sesama m'buat kita terbiasa melihat dari sisinya
Bagaikan raga yang sama
Sakiti rasa semua tiada merasa beda
Kita duduk berdampingan
Saling membutuhkan cinta kasih dan dukungan
Semua akan kau temui
Saat kau mencoba bersama saling peduli
Bentangkanlah kedua tanganmu
Tebarkan kedamaian pada sesamamu
Bentangkanlah samudra kasihmu
Duka berbagi cerita
Bahagia kita bersama
Cintanya tak pernah berbeda
Bagi seluruh manusia dimana adanya
Di sana hikmah kasihnya berada
Meraih kebahagiaan
Bagi setiap insan”

-Nasyid-
[Nilai Cinta-Alginat]
Love is Friendship?

Mencari sebuah nilai cinta dalam bersahabat.Cinta itu universal.Ia ada di mana-mana dengan kita merasainya.Sebuah persahabatan tak akan terjalin tanpa satu cinta.Tatkala ia bersemi di hati,terkembang dalam kata,seirama dalam lagu,terurai pada perbuatan.Maka itulah cinta sempurna.
Sempurna memberi kejujuran,penghormatan,kesetiaan,ketulusan,memahami,saling menebar kebaikan,saling mendukung kekuatan dan penghargaan.

Jiwa akan tenang dan hati akan indah dengan mengindahkan persahabatan dengan cinta yang sempurna.Keindahan hati ialah satu keindahan yang abadi.Ia umpama magnet dalam persahabatan.Ia menarik keikhlasan,ketaqwaan,kecintaan dan keredhaan pada Allah.Maka hati-hati itu saling bertaqwa kepada-NYA.Saling meredhai kerana-NYA,saling mencintai kerana-NYA.
Semoga persahabatan ini diredhai-NYA.Bersahabat kerana cinta.dan mencinta demi sahabat.Nilainya cinta pada sahabat.Dan nilainya sahabat pada cinta.

p/s : Jika disuruh memilih cinta atau sahabat..Tak mungkin ku tinggalkan sahabat dan mustahil lupakan cinta,kerana sahabat itulah cintaku!


Wednesday, April 20, 2011

Kisah : IKHLAS (1)


Apa itu ikhlas?
Ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
Ikhlas merupakan salah satu sifat terpuji yang menghiasi peribadi Muslim yang bertaqwa kepada Allah dan keikhlasan jugalah yang menjadi asas penilaian di sisi Allah sama ada amalan yang dilaksanakan oleh setiap Muslim diterima oleh Allah ataupun sebaliknya.Pendek kata,keikhlasan adalah penentu kepada kejayaan seseorang Muslim di dunia juga akhirat.

Allah berfirman ;
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu(wahai Muhammad)dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya”[Surah al-Zumar :2]

Cara memahami Ikhlas.
Harus diakui,memang sukar untuk kita memahami sifat ikhlas.Adakala akan tersingkap jua riya’ dan ‘ujub mengintai.Jadi bagaimana untuk menanam  sifat ikhlas?Kita perlu memahami cara nya terlebih dahulu.
Di sini ada satu kisah yang mungkin kita boleh mengambilnya sebagai satu iktibar.

GURU: “Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,”
MURID: “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
GURU: “Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
MURID: “Karung guni?” (seperti tidak percaya.)
GURU: “Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

GURU: “Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,”

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

MURID: “Cukup?”
GURU: “Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

MURID: “Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
GURU: “Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
MURID: “Ya, ya…” (sambil memikul guni yang berat itu kelelahan).
RAKAN LUAR: “Banyak beli barang,” (apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu).
ORANG PASAR: “Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli, Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,”

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

MURID: “Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
GURU: “Tak buat apa-apa.”
MURID: “Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,”.
GURU: “Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
MURID: “Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
GURU: “Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
MURID: “Dengan memikul batu-batu ini?”
GURU: “Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak’. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
MURID: “Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
GURU: “Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
MURID: “Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYA’ dalam beramal.
belajarlah untuk ikhlas!


Pengajarannya : Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan  pujian orang.Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat.Malah,mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia juga akhirat.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda;
“Yang sangat saya khuatirkan atas kamu adalah syirik yang terkecil”.Sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,apakah syirik yang kecil itu?”Nabi Muhammad s.a.w menjawab,”Riya”

Monday, April 18, 2011

Apa khabar agaknya orang di sana?

Agak-agak lebih kurang sebulan atau dua bulan aku tidak mendengar khabar seorang insan  yang disayangi.Siapa lagi kalau bukan kakandaku.Satu-satunya abang kandung aku yang jauh di mata tapi dekat di hati.Kalau dulu,seminggu sekali aku akan call abangku.Tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini kesibukan aku menghalangku untuk menghubungi si abang tu.Kalau telefon pun, kebarangkalian dia nak menjawab telefon mungkin 50%.Mungkin sibuk.Maklumlah assignment lagi,kelas lagi,exam lagi.Lagi pula,masa di sini dan di Malaysia beza 5 jam.(waktu soifi).Kalau sini petang,sana dah malam.So,kalau nak kol tu,kena arrange waktu yang tepat.

Kalau aku terus tak telefon dia,mesti dia akan kata,

 "Lamanya tak telefon.dah lupa orang sini kah?bla..bla..bla..."

Dan aku hanya menjawab dengan ketawa.Untuk mengelak daripada 'bebelan' abang,aku pun hantar je mesej kat dia.(drpd takde langsung).5 hingga 10 minit menunggu,tiada balasan.Maka aku pun buat kesimpulan sendiri.Takde kredit kot.

Sehinggalah pada malam tadi pukul 1.30 pagi waktu Jordan hp ku berbunyi menandakan satu mesej masuk.
"Salam,arini abg exam,doakan abangmu dipermudahkan untuk menjwb soalan2.abg sihat2 shj di kuching sarawak,skrg abg tgah blaja.................."

Semestinya abg aku berbahasa sarawak.Aku terjemahkan je.Berbunga nya hatiku hanya Tuhan yang tahu.Masalahku malam tadi terus hilang begitu.

Ya Allah,kau rahmatilah kakanda ku di sana,pernudahkan urusannya.permudahkan imtihannya.Permudahkan segalanya untuknya.Aamiin.

aku bersyukur ada abang yang baik!

p/s : aku rindu nak share masalah dengan abangku.
       aku rindu nak gaduh ngan abangku
       aku rindu nak tengok bola sepak ngan abangku.
       aku rindu nak makan maggie malam2 ngan abgku.

macam manalah kalau abg aku dah kahwin nanti ye. ^_^