Sunday, April 10, 2011

Ketika Rindu Itu Datang

Petir berdentum di langit biru
Selepas awan mendung kelabu
Kalau sudah dilamun rindu 
Hati sudah bagai tak tentu.

 Ya Allah,rindunya hati ini padah insan-insan tersayang.Hanya Engkau yang tahu.Kadang-kadang termenung melihat kalendar(menghitung hari).Ada baki 4 bulan saja lagi.(sabar ya!)Melihat gambar-gambar,terubatlah sedikit rindu ini.Doakan saja mereka di bawah perlindungan-Nya,di bawah rahmat-Nya.InsyaAllah,Allah itu Maha Mendengar.Sampaikan hajatku untuk melihat mereka,Ya Allah..
 
terkenang orang jauh

  





 

Kadang-kadang,syukurku pada Tuhan kerana membantuku untuk menyibukkan diri dengan pelbagai perkara.Biarlah masa cepat berlalu.Biarlah cepat malam bertukar siang dan siang menjadi malam.Takkan sesekali ku biarkan masa itu menjadi kosong semata-mata.Kerna terasa lambat masa berlalu.Menjadi sibuk tidak salah,tapi sibuklah dengan perkara yang berfaedah.


Ketika rindu itu datang,maka berdoalah pada Tuhan agar diberi kekuatan.