Wednesday, April 13, 2011

kawan,teman & sahabat.

Hari tu ada seorang kawan bertanya,
 "apa beza teman,sahabat dan kawan?ada perbezaan kah?atau sama je semua?"
Saya hanya terdiam membisu.Berfikir.
"Emm,semua sahabat kita ialah teman dan kawan kita tapi tak semua kawan dan teman itu sahabat kita."
Itu yang saya jawab.Mengikut kefahaman saya sendiri.Bagi saya,kalimah itu membawa makna yang sama semuanya.Malah,kalau dirujuk kamus dewan pun,ketiga-tiga nya memberi makna yang sama.Cuma dalam kehidupan kita seharian,kita akan temui perbezaannya. Bagi saya secara peribadi,sahabat itu lebih rapat dengan kita berbanding teman dan kawan.Sahabat saya hanya boleh dihitung dengan jari saja!tapi kawan dan teman saya memang ramai.

Seperti juga dalam penggunaan @ panggilan nama.Contoh namanyaSiti Khadijah,tapi orang memanggilnya dengan panggilan Siti,Khadijah atau Dijah.Tapi semuanya itu menunjukkan orang yang sama.Tapi,pasti ada satu panggilan yang lebih disenangi dan orang-orang rapat dengannya sahaja yang boleh memanggil dengan panggilan tersebut.

sahabat meneman suka duka. 
Suka saya mendengar kata-kata ini "Lebih baik kita mempunyai seorang sahabat sejati daripada memiliki seribu sahabat yang pentingkan diri sendiri"

Namun,bagi seorang muslim khususnya perantau yang berada jauh dari keluarga,Sahabat,kawan dan teman lah keluarga kita.Sayangi mereka seperti kita menyayangi keluarga kita.Panjangkan silaturrahim,ramaikan kenalan dan taulan,Insya Allah kehidupan kita akan lebih diberkati-Nya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, "Tidak sempurna iman seseorang selagi ia tidak mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.[HR Bukhari]