Sunday, May 29, 2011

LOVE = WAITING A BUS


Cinta itu sama seperti orang yg sedang menunggu bas.Apabila sebuah bas datang, dan kamu berkata,

“Wah..terlalu penuh, sesak,pasti tak akan dapat tempat duduk yang selesa !
Aku tunggu bas yang lain je lah.”

Kemudian, bas yang berikutnya datang.Kamu melihatnya dan berkata,

“Aduh! basnya kurang cantik dan kurang bagus.tak nak lah”

Bas yang selanjutnya datang, cool dan kamu berminat,tapi seakan-akan dia tidak melihatmu dan lalu begitu saja.Bas keempat berhenti di depan kamu.Bas itu kosong, cukup bagus, tapi kamu berkata,

“Tak ada AC la, mesti panas”.

Maka kamu membiarkan bas keempat itu pergi.Waktu terus berlalu,kamu mulai sedar bahawa kamu telah terlambat untuk pergi ke destinasi kamu.Ketika bas kelima datang,kamu sudah merasa tak sabar,dan terus masuk ke dalamnya.Setelah beberapa lama, kamu akhirnya tersedar bahawa kamu telah salah menaiki bas.Bas tersebut bukannya menuju kea rah destinasi yang ingin kamu tuju!Dan kamu baru sedar bahawa kamu telah menyiakan waktumu sekian lama.

Moral dari cerita ini :
Sering kali seseorang menunggu orang yang benar-benar ‘ideal’ untuk menjadi pasangan hidupnya.Padahal tidak ada orang yang 100% memenuhi keidealan kita.
Dan kamu pun sekali-kali tidak akan pernah dapat menjadi 100% sesuai dengan keinginannya. Tidak ada salahnya memiliki ‘persyaratan’ untuk ‘calon’,tapi tidak ada salahnya juga memberi kesempatan kepada yang berhenti/hadir di depan kita.
Tentunya dengan arah  yang sama seperti yang kita tuju.
Apabila ternyata memang tidak cocok, apa boleh buat.tapi kamu masih boleh berteriak ‘Kiri’ ! dan keluar dengan sopan.Maka memberi kesempatan pada yang berhenti di depanmu,semuanya bergantung pada keputusanmu.
Daripada kita harus jalan kaki sendiri menuju destinasi,dalam erti menjalani hidup ini tanpa kehadiran orang yang dikasihi.



Cerita ini juga memberi makna jika bahawa kebetulan kamu menemukan bas yang kosong,kamu sukai dan boleh kamu percayai,dan tentunya atu arah dengan tujuanmu,
kamu dapat berusaha sedaya upaya untuk menghentikan bas tersebut didepanmu,
agar dia dapat memberi kesempatan kepadamu untuk masuk ke dalamnya.
Kerana menemukan yang seperti itu adalah suatu berkah yang sangat berharga dan sangat bererti bagimu sendiri, dan bagi dia.

Lalu bas seperti apa yang kamu tunggu?

Thursday, May 26, 2011

To my best friend

To my best friend (u know who u are),
Syukurku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bertemu denganmu,sahabat.Walaupun pada mulanya,aku agak 'terpaksa' untuk berkawan denganmu.Tapi,tanpa disedari sepanjang rasa keterpaksaan itu,lahirnya satu keikhlasan.Kini,aku bersyukur kerana kau adalah sahabat baik ku.Yang menjadi peneman doaku.


To my best friend (u know who u are),
Mungkin ada hikmahnya Allah menjadikan kita sahabat.Kerana sahabat itu saling memerlukan dan saling melengkapkan.Aku melengkapkan kekuranganmu dan begitulah sebaliknya.Aku bersabar dengan kerenahmu yang terlalu 'peramah' dan kau bersabar dengan sikap ego dan diamku.Aku selalu ingin sendiri ketika ku sedih,tapi kau perlukan aku ketika kau sedih.Aku berkongsi kegembiraan ketika kau berduka,tapi kau berkongsi kegembiraan setiap masa.Kau faham aku ketika ku merajuk.Aku juga tahu bila kau merajuk.Tapi kita sama-sama tak nak mengaku.(kan,kan,kan)


u always make me smile,my friend!
To my best friend (u know who u are),
Walaupun kita selalu gaduh(selalu?),hanya kerana hal sekecil semut atau secubit garam,tapi aku masih bersyukur,kita masih lagi bersahabat.Tapi pelik,jika hal sebesar gajah,kita tak rajin pun gaduh.(why?)Bagi aku,itu bagus sebab api yang kecil itulah yang mudah merebak jika kita lambat bertindak.masalah yang kecil jika kita biarkan pasti akan menjadi masalah besar(kan,kan,kan).


To my best friend(u know who u are),
Hari ini,aku menerima berita kesedihanmu.Kau memintaku untuk menggembirakanmu.Saat ini,paling aku takuti.Sebab aku bukanlah orang yang mampu menggembirakan orang jika mereka bersedih.Selalunya,aku hanya akan biarkan sesiapa yang sedang bersedih.Kenapa?sebab bagiku,mungkin mereka ingin bersendiri.Tapi aku silap.Tak semua orang seperti aku.Manusia itu berlainan.Oleh itu sahabat,maafkanlah sahabatmu ini.Tak mampu membuat senyumanmu terukir.Hanya satu usahaku,DOA.


To my best friend (u know who u are),
Jangan pernah ingat aku akan melupakanmu kerana,kau sentiasa ku doakan.Sebaik-baik ingatan seorang saudara kepada saudaranya yang lain ialah doa kan.(kan,kan).Maka cheer up,my friend.Your happiness is my happiness too.Your sadness is my sadness too.We're always together in whatever situation.Remember that.I'm always by your side,my best friend.

To my best friend (u know who u are),
This is for you..
"Tuhan,sekiranya aku bisa mengubah pelangi menjadi ukiran kata,akan aku ukirkan namanya di dada langit supaya dia tahu namanya lah yang terukir di langit hatiku."

 friendship lasting forever!


_____________________________________________________________________________________________
from : "Pencinta Sejati"..

Wednesday, May 25, 2011

IKHLAS (2)

Rasulullah s.a.w mengkhabarkan kisah 3 orang sahabat dari bani Israel bermusafir bersama. Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba awan menjadi gelap seolah-olah hujan lebat akan menyimbah bumi. Kemudian mereka membuat keputusan untuk berteduh di dalam sebuah gua.
Tiba-tiba terdapat sebiji batu yang sangat besar tergelincir dan menutup pintu gua. Kini mereka tiada pilihan melainkan meminta inayah daripada Allah s.w.t.
Apa kata kita guna amalan kita yang ikhlas untuk membebaskan diri daripada malapetaka ini. Cadang salah seorang daripada mereka. Yang lain bersetuju.
Lelaki pertama berkata,” Ya Tuhanku, Engkau tahu bahawa aku cukup tertarik dengan sepupuku. Pada suatu hari, aku melihat dia sendirian. Oleh itu, aku ingin melakukan perbuatan keji terhadapnya. Sepupuku berkata , Wahai sepupuku, takutlah akan Allah dan janganlah cemari kesucianku. Mendengar sepupuku berkata demikian, aku membatalkan keinginan jahatku itu. Ya Tuhanku, andai itu amalan yang benar-benar ikhlas dan dilakukan semata-mata mengharap keredhaanMu, maka jauhilah kami dari kesusahan dan neraka jahanam. “
Kemudian mereka menyaksikan batu yang menutupi gua tersebut beralih sedikit dan ada sedikit cahaya yang memancar masuk ke dalam gua.
Lelaki kedua pula berkata, “ Oh Tuhanku, Engkau tahu bahawa aku mempunyai ayah dan ibu yang sudah tua, hinggakan badan mereka bongkok akibat usia yang lanjut. Aku selalu menziarahi mereka . Pada suatu malam, aku bawakan kepada mereka makanan. Sebaik memasuki bilik, aku dapati mereka sedang tidur nyenyak. Kerana tidak mahu mengganggu mereka, aku menghabiskan sepanjang malam berdiri dekat dengan mereka dan makanan tadi masih di tanganku. Ya Tuhanku, andai amalanku itu dilakukan semata-mata mengharap redhaMu, maka keluarkanlah kami dari sini dan selamatkanlah kami.”
Sekali lagi mereka menyaksikan pintu gua berkuak sedikit.
Manakala lelaki ketiga pula berkata, “ Wahai Yang Maha Mengetahui, Kamu tahu bahawa ada seorang lelaki pernah bekerja denganku dulu. Apabila tamat perkerjaannya aku membayar gajinya, namun dia tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang aku berikan lalu berlalu pergi meninggalkan wang gajinya. Aku mengambil wang gajinya dan membeli seekor kambing. Aku memelihara kambing itu sehingga beranak-pinak membentuk sekawan kambing. Selepas ketika, lelaki tersebut datang menuntut wang gajinya yang terdahulu dan menunjukkan kepada sekawan kambing miliknya. Dia mengambil kambing-kambing tersebut dan berlalu pergi. Ya Tuhanku, andai itu amalan yang ikhlas di sisiMu, keluarkanlah kami dari kebingungan ini. “
Kemudian batu tersebut beralih sepenuhnya, dan mereka berjaya keluar dengan gembira. _____________________________________________________________________________
belajar untuk ikhlas!

Pengajaran dari kisah tersebut :
Dengan amalan yang benar-benar ikhlas kerana Allah, bantuan Allah akan sentiasa hadir tatkala kita sangat memerlukan. Yakinlah bahawa setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas dalam mendapat redha Allah, Allah pasti mengetahui dalam bentuk apa jua sekalipun. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Imran 29: “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahui; dan ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Firman Allah:
“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”
[Al-Kahfi-110]
“Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.” “Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.”
[Al-Israa’- 18-19]
Dari ayat keterangan ini nyatalah bahawa yang beramal semat-mata kerana Allah s.w.t. maka akan diterima sedang yang beramal tidak kerana Allah s.w.t. tidak akan diterima dan hanya lelah dan susah semata-mata, sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadis: Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Rubba sha'imin laisa lahu hadhdhun min shaumihi illal ju'a wal athsy wa rubba qaai'min laisa lahu hadhdhun min qiyamihi illal-sahar wannashabu.”
Maksudnya: Adakalanya orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan haus, dan ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Allah s.w.t. telah berfirman: ' Akulah yang terkaya dari semua sekutu, Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu."


Tuesday, May 24, 2011

Happy Birthday,my hero!!

Dia hanya seorang hamba Allah yang biasa. Namun yang pastinya dia adalah yang saya sayangi dan cintai di dunia ini.Dia ialah hero bagi saya.Hero untuk puteri-puterinya.Hari ini,pada 24 Mei 2011 genaplah setengah dekad dia diberi kehidupan untuk bernafas di muka bumi ini.Genaplah umurnya 50 tahun.That’s my hero,ABAH.

Hari ini,masuk 2 tahun saya tidak bersama-sama membuat majlis doa selamat untuk abah.Apakan daya,jauh di mata terpisah oleh jarak dan masa.Hanya doa beserta ucapan yang boleh dikirimkan. Semoga itu cukup bagi saya,juga bagi abah kerana yang penting kami saling mendoakan juga saling mengingati.



Untuk abah,SANAH HELWAH!!SELAMAT HARI LAHIR YG KE-50.Semoga Allah memanjangkan usia abah dalam kebaikan.Semoga Allah merahmati dan melindungi abah selalu.Semoga senyuman sentiasa terukir di bibir abah.Semoga menjadi yang terbaik buat keluarga.Semoga terus thabat dalam iman dan perjuangan.Aamiin.

Sunday, May 22, 2011

Mutiara Cinta Para Sufi

Aku mencintai orang-orang soleh, meskipun aku belum termasuk golongan mereka. Aku harap semoga aku mendapat syafaat dari mereka.Aku membenci orang-orang durhaka, meskipun sebenarnya, mungkin, aku termasuk golongan mereka. [Imam Syafi'i]

Amr Bin Geis berkata sambil menangis di waktu menderita sakit yang mengantarkannya pada sakaratul maut : "Saya menangis bukan karena dunia yang kalian cintai, tetapi yang saya tangisi adalah ... Terpisahnya tenggorokanku dari kehausan di musim panas, dan terpisahnya diriku dari bangun malam di musim dingin.[Muhammad Mahdi Al-Shifi]
Sungguh, cinta dapat mengubah yang pahit menjadi manis..Debu beralih emas..Keruh menjadi bening..Sakit menjadi sembuh..Penjara berubah menjadi telaga..Derita menjadi nikmat..dan kemarahan menjadi rahmat..Cintalah yang mampu meluluhkan besi..Menghancurkan batu karang..Membangkitkan yang mati dan memberikan kehidupan kepadanya..serta membuat budak menjadi pemimpin.. (Jalaluddin Rumi)



Semua orang mencintai wanita, tetapi mereka berkata:"Mencintai wanita adalah awal dari sebuah derita."Bukan wanita yang membuat derita. Tetapi mencintai wanita yang tidak mencintaimulah yang akan menciptakan derita bagimu. [Imam Syafi'i]
Malapetaka paling besar adalah bila engkau mencintai seseorang yang sedang mencintai orang lain. Atau jika engkau mengharapkan kebaikan seseorang, akan tetapi justru orang itu berharap agar kita celaka atau binasa. [Imam Syafi'i]

Cinta adalah buhulnya iman, dimana orang tidak akan sejahtera maupun selamat dari ancaman Allah tanpa cinta. Maka hendaklah hamba itu berperilaku atas dasar cinta. (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)

Jika mata batin Anda tidak mampu menangkap dan mencermati secara seksama terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Sang Maha Pencipta dan tidak mampu mencintai-Nya dengan kecintaan yang amat sangat, maka Anda jangan sampai tidak mencintai pemberi nikmat dan yang berbuat baik kepada Anda. Anda jangan sekali-kali lebih rendah daripada seekor anjing, sebab anjing itu mencintai tuannya yang selalu berbuat baik kepadanya. (Imam Ghazali)

Sekiranya aku disuruh memilih umur sampai seratus tahun dan kugunakan untuk beribadah kepada Allah dengan nyawaku diambil hari ini juga, niscaya kupilih nyawaku dicabut sekarang juga, karena rinduku kepada Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang sholeh dari hamba-hambaNya. (Muhammad Mahdi Al-Shifi)
Selawat dan salam yang kita ungkapkan lewat bibir mungil para bayi yang tersenyum dengan mata telanjang bening berbinar, lebih dari kejujuran hati kita masing-masing.Sampai Nabi SAW menyebutkan," Tak seorangpun akan menggapai kesempurnaan imannya, sampai Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya ketimbang keluarga, harta, dan sesama manusia.[(Muhammad Luqman Hakiem]

Seseorang datang kepada rabi'ah, tetapi ia mengumpat dunia. Rabi'ah lalu mengatakan:"Rasulullah SAW bersabda: Jika seseorang mencintai sesuatu lebih dari mengingat Allah, lalu ingatannya itu akan membawanya kepada kesia-siaan." (Rabi'ah Al-Adawiyah)
Setiap makhluk dihiasi dengan atribut-atribut kecantikan dan cinta adalah burung yang telah terbang dari sangkar kesatuan bertengger di cabang penampilan dan keserbaragaman. dari kecemerlangan itu megah dari si kekasih, dan dari itu pula ratapan sedih si pencinta.." (Hakim Nuruddin Abdurrahman Jami')

Wahai Keluarga Rasul, mencintai kalian wajib hukumnya dalam Al-Quran. Kami bangga degan kalian. Orang yang tidak membaca sholawat untuk kalian, tidak akan mendapat rahmat. (Imam Syafi'i)

Monday, May 9, 2011

Sepiku untuk aku dan DIA

Sepi..
Samakah sepiku dengan sepimu
Sepiku menghadirkan ketenangan
Sepiku memberi ilham
Sepiku membentuk rasa

Sepi..
Samakah sepiku dengan sepimu
Sepiku bukan pada jiwa yang celaru
Sepiku bukan pada hati yang keliru
Sepiku pada rasa yang satu

Sepi..
Samakan sepiku dengan sepimu
Sepiku bukan sunyi
Sepiku bukan diam
Sepiku juga bukan  bisu


Sepi..
Samakah sepiku dengan sepimu
Sepiku satu warna
Sepiku satu rasa
Sepiku satu cinta
Aku cintakan sepi ini


Sepi..
Samakah sepiku dengan sepimu
Sepiku satu hadiah
Sepiku satu nilai
Sepiku punya harga
Sepiku itu nikmat

Sepi..
Samakah sepiku dengan sepimu
Sepiku dari-Nya
Sepiku untuk-Nya
Sepiku untuk Aku dan DIA.