Tuesday, May 24, 2011

Happy Birthday,my hero!!

Dia hanya seorang hamba Allah yang biasa. Namun yang pastinya dia adalah yang saya sayangi dan cintai di dunia ini.Dia ialah hero bagi saya.Hero untuk puteri-puterinya.Hari ini,pada 24 Mei 2011 genaplah setengah dekad dia diberi kehidupan untuk bernafas di muka bumi ini.Genaplah umurnya 50 tahun.That’s my hero,ABAH.

Hari ini,masuk 2 tahun saya tidak bersama-sama membuat majlis doa selamat untuk abah.Apakan daya,jauh di mata terpisah oleh jarak dan masa.Hanya doa beserta ucapan yang boleh dikirimkan. Semoga itu cukup bagi saya,juga bagi abah kerana yang penting kami saling mendoakan juga saling mengingati.



Untuk abah,SANAH HELWAH!!SELAMAT HARI LAHIR YG KE-50.Semoga Allah memanjangkan usia abah dalam kebaikan.Semoga Allah merahmati dan melindungi abah selalu.Semoga senyuman sentiasa terukir di bibir abah.Semoga menjadi yang terbaik buat keluarga.Semoga terus thabat dalam iman dan perjuangan.Aamiin.