Sunday, May 29, 2011

LOVE = WAITING A BUS


Cinta itu sama seperti orang yg sedang menunggu bas.Apabila sebuah bas datang, dan kamu berkata,

“Wah..terlalu penuh, sesak,pasti tak akan dapat tempat duduk yang selesa !
Aku tunggu bas yang lain je lah.”

Kemudian, bas yang berikutnya datang.Kamu melihatnya dan berkata,

“Aduh! basnya kurang cantik dan kurang bagus.tak nak lah”

Bas yang selanjutnya datang, cool dan kamu berminat,tapi seakan-akan dia tidak melihatmu dan lalu begitu saja.Bas keempat berhenti di depan kamu.Bas itu kosong, cukup bagus, tapi kamu berkata,

“Tak ada AC la, mesti panas”.

Maka kamu membiarkan bas keempat itu pergi.Waktu terus berlalu,kamu mulai sedar bahawa kamu telah terlambat untuk pergi ke destinasi kamu.Ketika bas kelima datang,kamu sudah merasa tak sabar,dan terus masuk ke dalamnya.Setelah beberapa lama, kamu akhirnya tersedar bahawa kamu telah salah menaiki bas.Bas tersebut bukannya menuju kea rah destinasi yang ingin kamu tuju!Dan kamu baru sedar bahawa kamu telah menyiakan waktumu sekian lama.

Moral dari cerita ini :
Sering kali seseorang menunggu orang yang benar-benar ‘ideal’ untuk menjadi pasangan hidupnya.Padahal tidak ada orang yang 100% memenuhi keidealan kita.
Dan kamu pun sekali-kali tidak akan pernah dapat menjadi 100% sesuai dengan keinginannya. Tidak ada salahnya memiliki ‘persyaratan’ untuk ‘calon’,tapi tidak ada salahnya juga memberi kesempatan kepada yang berhenti/hadir di depan kita.
Tentunya dengan arah  yang sama seperti yang kita tuju.
Apabila ternyata memang tidak cocok, apa boleh buat.tapi kamu masih boleh berteriak ‘Kiri’ ! dan keluar dengan sopan.Maka memberi kesempatan pada yang berhenti di depanmu,semuanya bergantung pada keputusanmu.
Daripada kita harus jalan kaki sendiri menuju destinasi,dalam erti menjalani hidup ini tanpa kehadiran orang yang dikasihi.



Cerita ini juga memberi makna jika bahawa kebetulan kamu menemukan bas yang kosong,kamu sukai dan boleh kamu percayai,dan tentunya atu arah dengan tujuanmu,
kamu dapat berusaha sedaya upaya untuk menghentikan bas tersebut didepanmu,
agar dia dapat memberi kesempatan kepadamu untuk masuk ke dalamnya.
Kerana menemukan yang seperti itu adalah suatu berkah yang sangat berharga dan sangat bererti bagimu sendiri, dan bagi dia.

Lalu bas seperti apa yang kamu tunggu?