Wednesday, June 6, 2012

Puisi : Kala Hati

Ingin saja aku berlari
sejauh mana kilometer dunia
Ingin saja aku terbang
setinggi mana puncak awan

-------
Kala hati ingin bebas
mahu lepas

---

Oh Tuhan, di kelana ini
lepaskan resahku, bebaskan raguku
lunturkan hibaku, buangkan dendamku

------

Temukanlah aku pada dunia warni
Tanpa warna kelam merajai hati

------

Bebaskan..
Pisahkan..
Kala hati menginginkan

Saturday, May 19, 2012

Andai aku bersedih

Bismillahhirrahmanirrahiim..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Hari ini bermula perjuangan nihaieku (final exam). Tempoh 10 hari. Bermula dengan baik, semoga pengakhiran yang baik juga, InsyaAllah. Hari ini, esok dan seterusnya semoga aku terus berjuang untuk menuntut ilmu dengan sabar dan penuh tawakkal. Bukan semata- mata kerana imtihan. Bukan semata-mata mahu lulus. Tapi kerana itu kewajipan seorang muslim untuk menuntut ilmu.

Sedih?

Sebenarnya point aku hari ini bukanlah nak cerita pasal exam or tuntut ilmu, tapi ingin berkongsi sedikit apa yang sering kita rasai dalam kehidupan ini. Sejujurnya,semua orang di dunia ini pasti pernah melalui perasaan  gembira, teruja, sedih, kecewa, putus asa dan sebagainya. Itu normal bagi seorang manusia. Itu nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita. Sedih? Ya! Itu nikmat. Bukan senang merasa sedih, bukan selalu merasa sedih. Telah Allah takdirkan jalan cerita bagi setiap orang kisah hidupnya. Ada yang sedih, ada yang suka, ada yang sering putus asa. Tapi, usahlah kita menyalahkan Tuhan. DIA juga memujuk kita dengan pujukan yang manis :

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang yang beriman " [Al-Imran : 139]

Jadi? Apa harus buat?

Pernah banyak kali kawan - kawan bertanya jika aku bersedih, apa yang akan aku lakukan? Terdiam sejenak. Ya, apa yang aku lakukan? Jujur, jika aku berasa sedih, mula - mula aku akan menangis. Menangis semahu-mahunya. Menangis sehingga tiada rasa mahu menangis. Menangislah! Aku bukanlah orang yang mampu terus tersenyum, namun aku cuba. Aku sering menangis. Bermakna aku selalu sedih. Itu biasa kerana aku manusia biasa.

Itu aku. Kamu? Aku pernah melihat orang-orang sekelilingku bersedih. Apa yang mereka lakukan? Ada yang sepertiku,menangis. Ada yang memujuk dirinya dengan makan,makan dan makan. Sehingga rasa lega, dan boleh melupakan asbab kesedihannya (well, aku selalu tengok ni dlm drama korea ^^). Ada juga yang membawa diri ke tempat sunyi, ada yang bergurau dengan teman-teman bagi melupakan kesedihan. Dan macam-macam lagi 1001 cara manusia.  Setiap orang punya cara nya yang tersendiri.Terpulang, namun jika kamu bersedih, jangan lupa pada perkataan sabar. Jika kamu menangis, jangan lupa pada perkataan tenang. Jika kamu mengalirkan air mata, jangan lupa pada senyum. Kesedihan sebahagian dari kehidupan, tapi ia tidak menghalang kita untuk terus tersenyum.

Pujuklah hati !

Pujuklah hati andai bersedih. Bagaimana? Makan? Menangis?Berjalan? Terpulang. Pujuklah hati dengan caramu. Cara yang biasa kita lakukan. Cara yang membuat kita rasa lega. Cara yang membuat kita selesa. Namun, aku ingin berkongsi satu 'terapi' mengubat jiwa yang sedih. Cara memujuk hati yang paling mudah. Andai kita bersedih, bacalah Al-Quran. Bacalah ayat-ayat-Nya .Hayatilah pujukan-Nya. Tenangkan jiwa dengan janji-janji-Nya. Bahagiakan hati dengan kisah-kisah-Nya. Jaminanku, akan kamu temui ketenangan di situ. Jika harus menangis, menangislah! Akan terasa seperti Allah sedang memujuk kita dengan ayat-ayat cinta-Nya. Bacalah, bacalah sehingga benar-benar temui rasa tenang itu. Jika harus berpuluh-puluh muka surat, tidak mengapa, carilah hati kita pada nya.Pada Al-Quran.

Kembalilah hati yang baru !

Jika ditemui bahagia, maka akan kembalilah hati yang baru. Hati yang mula tersenyum lantaran pujukan-Nya yang manis. Hati akan rasa indah dan tenang. Sesungguhnya, akan kamu rasakan tiadalah pujukan yang lebuh manis dan indah serta lembut selain pujukan Allah. Dan hargailah hati yang baru kembali. Berdoalah, dan tersenyumlah " andai aku bersedih ".

Ku yakini, itulah yang terbaik dari-Nya
Buatku, seorang hamba
Hanya DIA
Mengetahui segalanya

Tidak mahu ku akui tewas
Biar menggunung badai menghempas
Tidak mahu ku terus menangis
Lantaran pujukanmu yang cukup manis.


Ucapkanlah,Alhamdulillah.



Wednesday, May 16, 2012

Aku pada hari ini.

Assalamualaikum..

Bersarang

Alhamdulillah,diberi kesempatan lagi untuk bernafas di bumi Allah. Diberi kesempatan lagi untuk terus tersenyum.Tiadalah apa yang perlu selain rasa syukur pada-Nya.Alhamdulillah, diberi keempatan lagi untuk menulis di blog yang sudah berusang.Sekian lama ditinggalkan dek kerana kesibukan terlampau. Kasihan pada blog ku, dulu diwudkan blog kerana keazaman yg kuat untuk menulis sesuatu yg bisa mewakili suara hatiku. Tulisan yang mencerminkan rasa hati. Tpi kini sering diabaikan 'suara' itu..dan dibiarkan terus bersarang. Tidak mengapa, asalkan aku tidak pernah lupa pada kewujudannya.

Exam

Menyentuh soal kesibukan, apakah yang aku sibukkan? Exam? Ya! Final ezam yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi membataskan waktu-waktuku untuk mengintai dunia luar. Sekian lama 'terpenjara' di bilik sendiri menghadap buku yang seolah2 menjerit 'bacalah kami!!'. Namun, aku sedar menjarakkan diri dari dunia luar bukanlah sesuatu yang baik. Syukur alhamdulillah, semalam (15/5/2012) berlangsungnya program anjuran anak2 sarawak di bumi Jordan membuka sedikit ruang untukku kembali aktif. Itu yang aku perlukan, terus terang hati kembali ceria setelah berminggu2 melalui dan menyusuri tekanan yang amat tinggi. Melihat kembali rakan-rakan seperjuangan, aku berbisik pada hatiku, 'Aku tidak keseorangan! '
Semoga Allah permudahkan segalanya untukku dan rakan-rakan seperjuanganku.

Tenang

Sebenarnya, banyak- banyak hari yang dilalui kini banyak yang perlu memerlukan emosi stabil di samping hati yg tenang. Selain study, menulis, kerja, menunaikan tanggungjawab, bersosial, dan sebagainya,semuanya memerlukan hati yang tenang. Bila hati tenang, insyaAllah khair semuanya.Aku percaya, kini aku hanya perlukan hati yang tenang untuk mendapatkan hati yang 'sihat' dan minda yang luas. Ya! ketenangan. Bagaimana untuk dapatkannya? 'ala bizikrillahi tathmainnal qulub. Hanya dengan mengingati Allah sahaja membuat hati tenang.


Terima Kasih

Terima kasih Allah, di atas ketenangan ini. Terima kasih Allah atas cubaan ini. Aku percaya ia menjadikan aku lebih dewasa. Lebih matang menghadapi pelbagai mehnah hidup. Lebih stabil mengawal emosi berhadapan dengan manusia.Semoga Allah melindungiku!

Wednesday, March 21, 2012

meluah , terluah satu luahan.

Bersuara tapi membisu
Berkata lidah terkelu
Tiada siapa dengar suara hatiku
Selain Tuhan yang Maha Satu
Bukan aku menagih simpati
Bukan aku meminta dikasihi
Tapi tolong dengari sekali
apa dia permintaan hati

Sejuta kali berasa sayu
hanya sekali tersenyum malu
apakah ini suratan untukku
bersama hidup menghirup pilu
Semakin hari goyah  hatiku
tapi keras meyakinimu
teguh pada janji yang satu 
mengharap reda Dia yang satu

Bukan aku memendam rasa
ingin diluah tapi berkira
bukan semua fahami kita
diluah ditafsir pelbagai rupa

Aku akan terus berdiri
Aku akan terus berjalan
Berpegang pada satu keyakinan
Yakinlah Tuhan ada selalu menyaksikan

Let it go~

Bismillahirrahmanirrahiim..

Sememangnya, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Siapa yang mengaku sempurna, dialah paling tidak sempurna. Siapa yang mengaku tidak pernah berbuat kesalahan, maka dia tidak pernah berbuat apa- apa dalam hidupnya.

Aku juga akui. Hampir 21 tahun bernafas di muka bumi ini, setiap hari akan tidak lari dari melakukan kesilapan. Kecil atau besar. Kadang tak sedar sendiri, terkadang teguran diberi. Bohong kalau aku katakan, ketika ditegur terkadang melatah. Ego manusia sering menerjah.Siapalah aku untuk membangga diri.

Terkadang kesalah diri jarang dikoreksi, tetapi kesalahan orang sering diintai. Itulah manusia. Aku juga tidak lari dari  merasa dan melakukan sedemikian. Mungkinkah terlalu mengharap? Sehingga timbul rasa kecewa, dicari kesalahan si dia. Apalagi, kecewa bertubi-tubi, tanpa diketahui si dia yang melukai.

Tapi, apakah kita pernah fahami, kenapa dan mengapa si dia melukai kita. Adakah sengaja atau tidak? Adakah hanya perasaan kita? Menurut emosi berlebihan. Tanpa selidik dan bertanya pada empunya badan. Ah! Alangkah sia-sianya membuang perasaan marah, sedih, terluka dan kecewa. Kenapa perlu memenjara diri dalam sangkar egoisme? Kenapa perlu memenjara minda dengan sangkaan yang negatif? Rata- rata, bila emosi melebihi akal, itulah yang terjadi. Semua yang dilakukan orang lain dikatakan salah. Hanya kita yang betul.

Aku termuhasabah dengan seorang sahabat. Aku memarahinya hanya kerana dia tidak mahu mendengar, hanya kerana dia tidak sudi mengajar. Aku turutkan emosiku yang keterlaluan. Aku  rasa aku tidak dipedulikan. Tapi,apakah responnya? Biasa sahaja. Tenang sahaja. Aku bertanya kembali pada hatiku? Pernahkan aku bertanya sahabatku kenapa dia tidak mahu mendengar dan mengajar. Pernahkah aku cuba fahami keadaannya. Dia juga manusia, punya komitmen yang lebih tinggi berbandingku. Dia bukan hanya dicipta untuk mendengar aku, untuk mengajar aku. Ya! hari ini, aku maafkan dia, tapi aku tidak memafkan diriku sendiri.

Aku tutup mataku, aku tenangkan hatiku, aku biarkan rasa itu pergi..Terima Kasih Tuhan!

Tuesday, March 20, 2012

Puisi- Harapan

Tuhan
Pada saat waktuku harus terhenti
Bukakan aku pintu-pintu kebahagiaan
Hadirkan aku masa-masa keindahan
Terangkan aku dengan cahaya kasih sayang


Tuhan
Aku tahu aku takkan pernah keseorangan
meski aku dalam kesepian

Tuhan
Biar air mata ini kekeringan
Jangan hati kering mengingati-Mu.

Monday, March 19, 2012

Aku Tidak Sendiri

Ada bulan yang sendirian
tapi ada pungguk rindukannya

Ada bintang berkelipan
tapi banyak yang bersamanya

Ada aku di sini
tapi siapa menemani?

Oh Tuhan, 
anugerahkan aku hati yang merasa hadir-Mu tiap waktu
anugerahkan aku jiwa yang merindui-Mu setiap saat.
indahnya bulan sehingga pungguk jadi rindu.
kerlipan bintang menari tidak keseorangan.



Oh Tuhan.
izinkan aku juga merindui..dan tidak seorang.

Monday, March 5, 2012

Berikan aku NASIHAT

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini hari yang tidak seperti hari-hari biasa. Lumrah manusia, ada hari duka untuknya, ada hari yg gembira untuknya. Tapi hari ini, hari yang 'suram' untukku. Suram di dalam juga luar. Entah kenapa, terasa tiada yang istimewa. Diikuti keadaan kesihatan kurang mengizinkan. Terasa ingin sendiri, terasa tidak ingin diganggu, tapi kadang-kadang apa yang tidak kita mahukan itulah yang terjadi. Berpuluh panggilan diterima, berbagai mesej diterima. Kenapa hari ini?

Tiada semangat, untuk study, untuk bercakap, untuk memasak, untuk segalanya yg biasa dilakukan. Di hati yang dalam, terasa bingitan ruindu pada mereka di sana. Orang-orang tersayang di sana. Andainya aku mampu terbang pulang. Dengan hati yang masih rapuh, aku menghantar mesej kepada ummiku.


"ummi, tolong beri nasihat"


Tidak perlu menunggu berjam-jam, ummi yang sering mendengar suara hati anaknya lantas membalas.Diiringi persoalan berbunyi kerisauan. Oh! aku dah memberi kerisauan pada mereka.

"nasihat? nasihat yang macamana? kenapa? ada masalah?


"bukan masalah. tapi rasa down.tak semangat.."


Dan itulah seorang ibu yabg sentiasa ada untuk anaknya. Ibu yang sentiasa memberi. Semangat jua dorongan.
Inilah nasiha ummiku..

  • 1.rajin2 bljr
  • 2.bykkan sabar
  • 3.bykakan doa
  • 4.be strong
  • 5.kuatkan smgt dlm apa jua pun
  • 6.jgn mdh bptus asa
  • 7.redha n terima seadanya dlm segala keputusan Allah
  • 8.yakin dgn Allah
  • 9.Besarkan hati
dan...

  • 10.Besarkan perasaan
    jgn cepat marah
    11.jgn layan prsaan sensitif sgt
    dont be emosional
    all the best
    jika didatangani sifat 'down',kena byk solat hajat mintak kekuatan jiwa dan raga
    mcm ummi lakukan
    amat berkesan
    tdur mlm,pakai myk wangi
    bergaul dgn kawan dan elak bersendirian
    sb syaitan akn sentiasa mengintai saat kita down
    peluang syaitan,jin saat manusia itu hilang kawalan,hilang semangat ,down drpd
    segala yg positif
    iqah,jgn mudah cepat ngalah selagi kekalahan belum milik kita
  • __________________________________________________________________________________
    p/s : Terima kasih Allah atas kekuatan jiwa ini. Terima kasih ummi..Semoga hari-hari yang akan ku lalui terus diberi sinar kekuatan. be strong!

Sunday, January 29, 2012

Terima Kasih Sahabat

Bismillahirrahmanirrahiim..

Alhamdulillah,,syukur kepada-Nya aku masih dapat melihat dunia. Walaupun teruk diserang selsema dan batuk, semoga ia menjadi kafarah dosaku, Ya Allah..

Semalam, diberi peluang sembang dan berborak panjang dengan "sahabat baik". Seperti biasa, masing- masing bercerita mengenai perkembangan terbaru.Tapi entah kenapa semalam masing- masing ingin mengungkit dan mengimbau kisah lama. Bermula dengan aku yang tiba-tiba tanpa dipinta bercerita kisah waktu kecikku sehingga kini.Tiba-tiba rasa rindu menjengah pada keluarga."Sahabat baik" ku hanya mendengar ceritaku dari A sampai Z. Tahan sungguh telinganya.Pendengar yang setia.Alhamdulillah...

Sesudah aku usai bercerita, dia juga ingin berkongsi denganku. Walaupun sudah banyak kali aku mendengar cerita yang sama, tapi dia tak jemu-jemu bercerita denganku.Cerita antara dia dan ibunya.Kisah dia memasak untuk ibunya. Katanya,  

"tak kisahlah berapa kali dah dengar ni,tapi nak cerita jugak"

"dalam banyak-banyak orang, ibu yg plg menghargai kita"

Aku pun tak kisah, sebab cerita itu banyak memberi pengajaran padaku. Jujur aku katakan, sebelumnya aku fokus dan tak dapat point sebenarnya kenapa dia perlu bercerita denganku. Banyak kali pulak tu. Tapi semalam, aku tahu dan nampak betapa dia begitu mengingati semua detik-detik bersama ibunya. Sayangnya pada ibunya, dan aku mengaku tak seperti dia. Baginya, ibunya adalah segala-galanya. Bukan hanya syurga di telapak kaki ibu.Setiap kali dia bercerita perihal ibunya, pasti dia akan merasa sebak. Tanpa sedar, airmata ku menitis.Aku bagaimana dengan ibuku? Kenapa aku tidak begitu? 

Aku termuhasabah. Sebelum melelapkan mata, aku jadi teringat pada ummiku.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kedua orang tuaku dan jua dosaku.

Teringat juga kata "sahabat baikku" 
"dalam banyak-banyak orang, ibu yang lebih menghargai kita"

Aku tak nafikan itu.Terima kasih, sahabat. Terima kasih sudah mengingatkan aku.

Friday, January 27, 2012

Yang Tersembunyi

Kadang-kadang..
kita selalu melihat kehidupan orang lebih baik dari kita.
kita selalu cemburukan kebahagiaan orang lain dari kita

Kadang kala..
kita selalu mengintai kejayaan orang lain..
kita selalu merasa orang lain ada segala-galanya

Kita rasa..
terlalu banyak kekurangan kita
terlalu banyak kegagalan kita
terlalu sulit hidup kita

Tapi, pernahkah kita melihat diri kita..
pernahkah kita hargai diri kita
Yang ada pada orang lan itulah yang kita hendak
yang tiada pada orang lain itulah ada pada kita sebenarnya
tapi kita tidak melihat ke dalam diri kita
kita tidak pernah cuba untuk membuka mata
untuk menilai sisi baik dalam kehidupan kita

Allah yang mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian
maka DIA lah yang tahu apa yang terbaik untuk kita

Ambillah peluang di atas kekurangan untuk membuat kita lebih sedar diri
Ambillah peluang di atas kekurangan untuk kita mensyukuri di atas hal-hal terkecil kurnian-Nya.

DIA mengajar kita dengan cara-NYA.
cuma bila kita tidak terima dan tidak redha, kita yang rugi.
Belajarlah menerima tarbiah Tuhan yang tersembunyi.

Saturday, January 21, 2012

Hari ini, Esok dan Seterusnya

Hari ini aku kembali menjenguk blog ku. Berzaman, dan bersarang sudah.Esok belum pasti. Hari ini yang menyibukkan sehingga melupakan aku untuk hari esok dan seterusnya. 
Hari ini juga kembali mencari teman-teman lama ketika rasa rindu mengundang. Tapi adakah esok sama? dan seterusnya..
Hari ini juga kembali bermuhasabah itu dan ini.Mengenang kisah lalu dan salah lampau.Tapi adakah esok akan kembali mengingati.? 

Hari ini tidak mungkin kembali sama seperti semalam dan esok pasti tak seperti hari ini. Hari- hari yang aku lalui semakin mengingatkan aku di hari akhirku. 

"Esokkah hari terakhirku"

Masa, waktu, kesibukan, pekerjaan, komitmen, tanggungjawab, dan sebagainya mengisi hari-hari yang dilalui.Tapi adakah sebenarnya 'terisi'?

_____________________________________________________

Oh Tuhan,jauhkan hamba-Mu ini dari masa lapang yang sia-sia agar aku tidak terbunuh oleh waktu.