Wednesday, March 21, 2012

Let it go~

Bismillahirrahmanirrahiim..

Sememangnya, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Siapa yang mengaku sempurna, dialah paling tidak sempurna. Siapa yang mengaku tidak pernah berbuat kesalahan, maka dia tidak pernah berbuat apa- apa dalam hidupnya.

Aku juga akui. Hampir 21 tahun bernafas di muka bumi ini, setiap hari akan tidak lari dari melakukan kesilapan. Kecil atau besar. Kadang tak sedar sendiri, terkadang teguran diberi. Bohong kalau aku katakan, ketika ditegur terkadang melatah. Ego manusia sering menerjah.Siapalah aku untuk membangga diri.

Terkadang kesalah diri jarang dikoreksi, tetapi kesalahan orang sering diintai. Itulah manusia. Aku juga tidak lari dari  merasa dan melakukan sedemikian. Mungkinkah terlalu mengharap? Sehingga timbul rasa kecewa, dicari kesalahan si dia. Apalagi, kecewa bertubi-tubi, tanpa diketahui si dia yang melukai.

Tapi, apakah kita pernah fahami, kenapa dan mengapa si dia melukai kita. Adakah sengaja atau tidak? Adakah hanya perasaan kita? Menurut emosi berlebihan. Tanpa selidik dan bertanya pada empunya badan. Ah! Alangkah sia-sianya membuang perasaan marah, sedih, terluka dan kecewa. Kenapa perlu memenjara diri dalam sangkar egoisme? Kenapa perlu memenjara minda dengan sangkaan yang negatif? Rata- rata, bila emosi melebihi akal, itulah yang terjadi. Semua yang dilakukan orang lain dikatakan salah. Hanya kita yang betul.

Aku termuhasabah dengan seorang sahabat. Aku memarahinya hanya kerana dia tidak mahu mendengar, hanya kerana dia tidak sudi mengajar. Aku turutkan emosiku yang keterlaluan. Aku  rasa aku tidak dipedulikan. Tapi,apakah responnya? Biasa sahaja. Tenang sahaja. Aku bertanya kembali pada hatiku? Pernahkan aku bertanya sahabatku kenapa dia tidak mahu mendengar dan mengajar. Pernahkah aku cuba fahami keadaannya. Dia juga manusia, punya komitmen yang lebih tinggi berbandingku. Dia bukan hanya dicipta untuk mendengar aku, untuk mengajar aku. Ya! hari ini, aku maafkan dia, tapi aku tidak memafkan diriku sendiri.

Aku tutup mataku, aku tenangkan hatiku, aku biarkan rasa itu pergi..Terima Kasih Tuhan!