Friday, June 24, 2011

my Along dan si Kakak~

24 Jun 2002.

For today, it has been 9 years.Sudah 9 tahun dia tiada bersama kami. Sudah 9 tahun dia hanya meninggalkan kenangan untuk kami. Sudah 9 tahun di pergi untuk bertemu Tuhan-Nya. Kami menyayanginya, namun Tuhan lebih menyayanginya.Sudah 9 tahun juga aku kehilangan insan bergelar 'kakak'. Tiada lagi Kak Along tempat meluah rasa. Malah, kini aku yang menggantikan tempat Kak Along.Menjadi kakak sulung ternyata memang bukan mudah. Selain menjadi harapan kedua orang tua untuk menjadi 'model' yang terbaik untuk adik- adik, ada suatu rasa yang Allah kurniakan dalam hati ini.Sesuatu yang aku kira Allah kurniakan untuk seorang kakak.

Cinta dan Pengorbanan

Kakak, abang mahupun adik akan saling menyintai.Sama-sama mencintai ibu dan ayah. Sama-sama berebut merebut kasih sayang mereka. Sama-sama berebut ingin menunjukkan yang terbaik.Namun tidak semua mampu memberi pengorbanan. Biasa kita dengar, 'Yang sulung biarlah mengalah' . Ya. Mengalah dan berkorban.Tidak dinafikan, tidak semua mampu berkorban. Apa-apa saja.Walau abang sekalipun.Namun, aku  boleh jamin hampir 90 peratus kakak-kakak di dunia ini boleh berkorban untuk adik-adiknya. Apa sahaja untuk adik- adik dan abang-abang nya. Mengapa? Mungkin sifat kelembutan dan kasih sayang yang Allah kurniakan.Tiada pada abang. Tapi ada pada seorang kakak yang semestinya akan menjadi seorang ibu suatu hari kelak. Jika ibu tiada, kakak lah yang akan mengganti. Apa yang si ibu rasa, juga dirasai seorang kakak. Cuma bezanya, kakak tidak melahirkan tapi kakak menyaksikan ibu melahirkan adik-adik. Kakak melihat adik-adik membesar.Kerana itu, kasih sayang kakak juga tumpah pada adik-adik.

Memahami adakah difahami?

Kakak sentiasa cuba untuk memahami adik-adiknya. seorang demi seorang.Tapi kadang-kadang adik tidak faham mengapa kakak buat begitu dan begini. Dianggapnya menyibuk, membebel macam ibu dan sebagainya. Kakak tidak minta apa-apa dari adik-adik, cuma minta untuk difahami.Memahami perasaan dan kasih sayang seorang kakak. Kakak memang insan biasa yang cuba belajar dari kesilapan, tapi  bukan seorang yang berlagak sempurna. Kakak tidak tahan bila melihat adik-adiknya bergaduh sesama sendiri. Kakak tidak tahan jika ada adik-adiknya yang pentingkan diri sendiri. Kenapa dalam satu keluarga perlu ada selfish? Pengorbanan memang payah, tapi jangan lupa hasil dan ganjarannya pasti ada dari Allah. Fahamilah itu.


Kebahagiaan Kakak

Kebahagiaan kakak ialah kebahagiaan insan-insan orang yang disayanginya. Terutamanya keluarganya. Adik-adiknya. Bagi seorang kakak, biarlah dia tidak punya apa-apa,tapi dia akan bahagia bila adik-adiknya cukup semuanya. Satu kesyukuran bagi seorang kakak jika adik-adiknya bahagia.Tiada lain dalam doanya melainkan adik-adiknya sempurna dan bahagia.Cukuplah dengan cara itu untuk membahagiakan seorang kakak.

Ketika aku punya Kak Along, aku merasa kakak lah perlu buat semuanya kerana dia seorang kakak dan sulung dalam keluarga kami. Ketika aku punya Kak Along, aku sentiasa merasa dia menyibuk urusanku dan kawan-kawanku.Ketika aku punya Kak Along, aku hairan kenapa kakak suka mengarah adik-adik untuk buat kerja. Kini, aku yang menjadi 'Kak Along'. Dan kini aku faham mengapa dan kenapa. Allah curahkan rasa yang mungkin hanya akan dirasai seorang kakak. Tiada pada adik mahupun abang.

Semoga Allah merahmatinya dan tempatkan di tempat orang-orang yang soleh. Aamiin..Al -Fatihah..

Wednesday, June 1, 2011

MY HEART

Ia hanya sekeping tapi begitu bererti
Terkadang mudah rapuh
terkadang juga tegar
…..
kadang terluka
kadang berbunga

…..
kadang tampak cahaya
kadang juga begitu suram
kadang ia berwarna
kadang juga kelam
…..
Duhai segumpal daging dalam tubuhku
ku hanya berharap kebaikan darimu
meskipun kadang kunodai dirimu
dengan perbuatanku atau tingkahku
……
Kuharap kau dapat tetap terjaga
tak mudah retak
terkikis titik hitam padamu
meski tak mungkin sejernih air
dan sebening kaca
…..
Ku ingin kau sentiasa terlindung
Dari apa yang membuatmu hitam
Ku ingin kau sentiasa terjaga
Dari apa yang menjadikanmu kelam
-----
Kuingin kau
menjadi pemberian-Nya yang indah
tak mendengki
tak membenci
tak pula mencintai
dengan cara yang tak patut
…..
Duhai Penggenggam Jiwaku…
Selamatkanlah hatiku
Duhai Pemberi hatiku
Bantulah aku menjaga hatiku

Wahai Pembolak-balik hati
Tetapkan hatiku untu-Mu.