Saturday, January 26, 2013

Aku : Kehidupan dan Kematian


Bismillahirrahmanirrahiim

Aku dan 21 Tahun

Hari ini, jika dikira hari dan waktu aku meminjam 21 tahun kehidupan ini dari Yang Maha Esa, tidak dinafikan telah ramai insan- insan sekeliling yang telah hadir dalam hidupku. Bermula dengan tidak mengenali, ada yang menjadi tersangat rapat denganku, ada yang semakin menjauhiku, ada yang masih begitu, namun apa yang aku harus syukuri, itu adalah kurniaan Allah untukku. 21 tahun ini, kehidupanku di masa lalu tidaklah sempurna, tidaklah sebahagia insan lain namun ianya tidak mematahkan semngatku untuk meneruskan kehidupan ini. 21 tahun ini, syukurku pada mereka-mereka yang pernah menyayangiku sehingga kini, pernah mencintaiku seikhlas hati, walaupun aku tidak sesempuna dan tak mungkin akan sempurna.

Melupakan?

Untuk mereka yang pernah hadir dalam hidupku, jangan minta aku untuk lupakan kalian, jangan minta aku untuk tinggalkan kalian. Aku mencintai selamanya, aku menyayangi selamanya. Hanya Tuhan jadi saksi hati ini betapa aku hargai insan-insan teristimewa yang sentiasa menyayangi aku. Melupakan orang yang disayangi dalam hidup ini seolah-olah melupakan kebaikan, melupakan kehidupan. Bagaimana aku hidup tanpa ada 'malaikat' yang Tuhan kirimkan ? Jangan minta aku untuk lupa kerana selamanya nama kalian di hati ini dan dalam doaku.

Aku dan Kehidupan

Syarat untuk hidup, kita perlu mati dan syarat untuk mati kita harus hidup. Untuk kehidupan ini, terima kasih Allah! Hidupku selama ini atas kurniaanMu sentiasa,dalam redha-Mu, kerana rahmat-Mu. Matiku juga nanti semoga  dalam redha-Mu.dalam rahmat-Mu. Sesungguhnya kehidupan itu dugaan sebelum kematian, cabaran menghadap Tuhan, kehidupan yang penuh suka dan duka, penuh hiba dan tawa, itu janji Tuhan. Ujian, mampukah aku menanggungnya? Nikmat, akankah aku mendustainya? Jika hanya aku, aku tidak mampu, kerana itu Allah kirimkan aku insan- insan membantuku. Sehingga kini, aku masih mampu berdiri untuk terus bertahan di atas garisan ujian hidup ini. SEmoga, aku terus kuat!

Aku dan Kematian.

Ajal, sesuatu yang tidak mungkin aku tunda. Ianya sesuatu yang pasti lagi nyata. Telah Allah tetapkan sebelum aku hidup, aku akan mati, pada waktu yang hanya Allah yang tahu. Matiku nanti semoga dalam kebaikan, matiku nanti semoga dalam iman, matiku nanti moga ummi dan abahku redha, semoga keluarga ku redha, semoga sahabat baikku redha, semoga kawan-kawanku redha, semoga guru-guruku redha,semoga sesiapa yang pernah mengenaliku juga redha. Matiku nanti aku tidak tahu bila, sakit itu bukan syarat untuk mati kerana hanya Allah yang tahu. Aku bukan takut kematian,namun aku takut aku tidak mampu mengucapkan apa yang ingin aku ucapkan pada insan-insan yang aku sayang. Aku takut tidak sempat melihat wajah-wajah insan yang aku sayang, aku takut meninggalkan kenangan, aku takut melihat titisan air mata kesedihan. Aku dan kematian, ianya ada pada Tuhan Semesta Alam.

Izinkan Aku

Masihkah aku pada esok? Masihkah mataku akan melihat dunia? Kerana 'ketakutan ' itu izinkan aku mencoret untuk kalian.
Untuk Ummi yang telah melahirkan aku, menyusukan aku, membesarkan aku, sentiasa menyayangi aku, sentiasa memenuhi keinginanku, sentiasa memahami hatiku,sentiasa menegur pincangku, sentiasa mendengar keluhku, sentiasa mendoakan aku,terima kasih atas jasamu yang tidak ternilai harganya di dunia ini. Hanya aku mampu mendoakan kebahagiaan dan kesenanganmu dari jauh, dalam tadahan tanganku, dalam sujudku. Salahku, rajukku, kasarku,lawanku, pernah menggores hatimu, pernah melukaimu, pernah menjawabmu, maafkan aku ummi. Jika harus ku cium kakimu kini, aku minta maaf semaaf-maafnya padamu. Kekuranganku sungguh terlalu. Cintamu padaku sunnguh tak mampu ku banding dengan cintaku. Itulah ummi yang selalu aku rindu, semoga ummi akan terus mendoakanku,

Untuk abah yang meniqamatkanku, yang membesarkanku, yang menyayangiku, yang menghantarku ke sekolah setiap hari, yang bekerja tanpa henti, yang yang sentisa mendokan ku, yang mengabulkan keinginanku, yang mendengarkan hasratku, yang memahami jiwaku, terima kasih ku ucapkan. Abah lelaki yang paling aku sayangi, yang memarahiku dalam diam, yang memahamiku dalam diam. Abah, aku minta maaf tak mampu memunaikan impianmu, Sehingga kini atau bila-bila, aku tak tahu mampukah aku memenuhi impianmu.Aku memohon pemahaman jiwamu untuk memahami hatiku, hati ini bukan milikku lagi, hati ini masih menunggu sesuatu yang tak pasti. Impianmu, bukan ku tak mahu namun hati ini,mohon abah mendoakan. Atas pincangku, atas silapku, kurangku yang terlalu banyak,maafkan aku. Untuk waliku, doakanlah puterimu ini selalu walau satu hari harus ku pergi tak kembali..

#Masa itu sering berubah setiap hari. Namun ianya mengejarku  untuk membawa ku kembali ke tempat asal iaitu kepada Tuhanku, Tuhan Semesta Alam.


Sunday, January 20, 2013

I'm Back !

Bismillahirrahmanirrahiim..

Salam tahun baru masihi 2013 & Salam hari baru

Alhamdulillah.. syukur masih diberi peluang nak menulis lagi. Kasihan blog ku,sekian lama ditinggalkan kerana sibuk dan kurang berkesempatan menulis. Tapi hari ini 21 Januari 2013 Allah gerakkan hati untuk meluah sesuatu. No idea tapi jari jemari terus menari mengikut rentak hati yang ingin dicoretkan.

Selamat Tahun Baru !

Alhamdulillah, kini aku telah melangkah ke tahun 2013. Bermakna berbaki setahun lagi untukku habis pengajian di bumi Anbiya' ini. InsyaAllah. Semoga Allah mudahkan. Bukan ingin melihat masa yang telah berlalu, namun sekali sekala bagiku, aku harus menoleh ke belakang sekali untuk melihat apa yang telah aku lakukan sepanjang 21 tahun umurku di dunia ini.

Kenangan 2012...

Aku akui, tahun 2012 banyak memberiku kenangan terindah tapi tak kurang juga ujian yang bertubi-tubi untukku. Siapa sangka tahun 2012 ku akhiri dengan air mata kesedihan bukan air mata kebahagiaan, tapi ia tetap tidak menghalang langkahku untuk ke tirai tahun baru. Tahun 2012 juga dilihat tahun yang membuat aku kuat, menjadi lebih matang dan lebih kenal dunia dan isinya. Aku lahirkan air mata suka, duka dan sebagainya. Aku jumpa insan yang membuat aku tersenyum, insan yang membuat aku menangis tertawa. Setiap hari itu kehidupan. Setiap hari ku lihat warna baru. Semoga hari hari berikutnya ku bisa jalani dengan sebaiknya.

Thank You My Heart!

Aku sambut tahun baru dengan peristiwa menguji hatiku. Tersangat menguji hatiku sebagai perempuan, sebagai kakak, sebagai anak, sebagai sahabat dan sebagai manusia. Aku tahu dan aku yakin,aku mampu menjalaninya, dan aku tahu setiap titisan air mataku akan membuatkan aku lebih tabah dan kuat. Kerana aku tahu Allah sentiasa bersamaku.

Semoga tahun baru ini lebih mematangkan aku. InsyaAllah..

2013, help me on this :

Kawal emosi
Berfikiran lebih positif
Banyakkan senyum
Usaha, doa, tawakkal
Berharap hanya pada Allah

#Allahu Musta'an. ^^