Sunday, January 20, 2013

I'm Back !

Bismillahirrahmanirrahiim..

Salam tahun baru masihi 2013 & Salam hari baru

Alhamdulillah.. syukur masih diberi peluang nak menulis lagi. Kasihan blog ku,sekian lama ditinggalkan kerana sibuk dan kurang berkesempatan menulis. Tapi hari ini 21 Januari 2013 Allah gerakkan hati untuk meluah sesuatu. No idea tapi jari jemari terus menari mengikut rentak hati yang ingin dicoretkan.

Selamat Tahun Baru !

Alhamdulillah, kini aku telah melangkah ke tahun 2013. Bermakna berbaki setahun lagi untukku habis pengajian di bumi Anbiya' ini. InsyaAllah. Semoga Allah mudahkan. Bukan ingin melihat masa yang telah berlalu, namun sekali sekala bagiku, aku harus menoleh ke belakang sekali untuk melihat apa yang telah aku lakukan sepanjang 21 tahun umurku di dunia ini.

Kenangan 2012...

Aku akui, tahun 2012 banyak memberiku kenangan terindah tapi tak kurang juga ujian yang bertubi-tubi untukku. Siapa sangka tahun 2012 ku akhiri dengan air mata kesedihan bukan air mata kebahagiaan, tapi ia tetap tidak menghalang langkahku untuk ke tirai tahun baru. Tahun 2012 juga dilihat tahun yang membuat aku kuat, menjadi lebih matang dan lebih kenal dunia dan isinya. Aku lahirkan air mata suka, duka dan sebagainya. Aku jumpa insan yang membuat aku tersenyum, insan yang membuat aku menangis tertawa. Setiap hari itu kehidupan. Setiap hari ku lihat warna baru. Semoga hari hari berikutnya ku bisa jalani dengan sebaiknya.

Thank You My Heart!

Aku sambut tahun baru dengan peristiwa menguji hatiku. Tersangat menguji hatiku sebagai perempuan, sebagai kakak, sebagai anak, sebagai sahabat dan sebagai manusia. Aku tahu dan aku yakin,aku mampu menjalaninya, dan aku tahu setiap titisan air mataku akan membuatkan aku lebih tabah dan kuat. Kerana aku tahu Allah sentiasa bersamaku.

Semoga tahun baru ini lebih mematangkan aku. InsyaAllah..

2013, help me on this :

Kawal emosi
Berfikiran lebih positif
Banyakkan senyum
Usaha, doa, tawakkal
Berharap hanya pada Allah

#Allahu Musta'an. ^^