Tuesday, November 16, 2010

kullu 3am Wa Antum bikhair ('',)..

Assalamu'alaikum w.b.t..

Tika terdengar suara takbir berkumandang..sayu sejenak terasa beraya di perantauan.
Tiada bersama ummi abah.adik beradik dan saudara mara.Biarpun insan2 disayangi tiada,penghayatan itu tetap ada.Bersama sucikan hati di hari mulia,menyingkap rahsia pengorbanan.
cinta untuk yang tersayang

Untuk insan-insan yang disayangi,,Selamat Menyambut Hari Raya Aidil aDHA walau di mana jua anda berada.maaf diharap,barokah didapat.

kullu 3am wa antum bikhair.

Sunday, November 14, 2010

Terima Kasih atas CintaMu

Sehingga hari ini ku bernafas,tak dapat ku hitung segala nikmat-nikmat dariMU.Kalau dulu aku sering meminta sesuatu dari Mu.segala-galanya ku mahu.semua yang ku ingin.semua yang ku suka ku ingin Engkau jadikannya milikku kerna ku tahu hanya Engkau tempat ku meminta.
Semakin ku dewasa,semakin bnyak ujian Kau curahkan.
Semakin ku melangkah ke arah kematangan,semakin bnyk ku berasa sakit hati.
Semakin ku ingin mengenal erti sebuah kehidupan,semakin ku hanyut dalam pesona dunia.
Semakin ku mencari identiti diri,semakin ku keliru.
Kini ku lebih mengerti ujian yang Kau curahkan.Ia membuat ku kuat,jiwa yang sebelum ini lemah ku sedari semakin kuat.takkan Kau tega membiarkan aku lemah dengan ujian.sebaliknya telah ku sedar hati ini semakin kuat.Kuat dan akan lebih kuat untuk menghadapi ujian Mu yang akan datang.Terima Kasih Tuhan,Atas Cinta dan Kasih SayangMu.

Terima Kasih atas nur kasih-Mu..

Kini ku mengerti makna sakit hati ini.setiap perkara yang membuat ku sakit hati,hati ku berkenalan dengan sebuah kesabaran.sabar itu membuat jiwa ini tenang.sabar itu mengajarku banyak kebaikan.dan kini ku tahu,jika bukan dari sakit hati itu,tidak ku temukan sesuatu yang indah selain sabar.Sabar itu memang indah Tuhan!jangan lah Kau hilangkan sabar itu dari hatiku.Ku ingin sentiasa bersilaturrahim dengannya.Terima Kasih Tuhan,Atas Cinta dan Kasih SayangMu.

Hanyut pun aku dalam pesona dunia,indahnya tetap sementara.Dunia ini milikMu.tempat persinggahan setiap hambaMu sebelum menuju kearah akhirat yang kekal abadi.Dunia ini tempat ku mencari bekal.Ku tergoda dengan pesonanya.Keindahan yang pelbagai.Warna nya penuh dengan warni.Terkhayalku sebentar.Namun Kau sedarkan aku,Tuhan.Semakin ku terasa diri ini kerdil.Sesungguhnya segala yang indah itu kurniaanMu,Oleh itu,jadikan aku hambaMu yang bersyukur,bukan kufur dengan nikmatMu.Terima Kasih Tuhan kerana ku tahu erti syukur itu.Terima Kasih Tuhan,Atas Cinta dan SayangMU.

Ku keliru mencari identiti.Tatkala mencari erti sebuah kehidupan.apakah kehidupan itu.bagaimanakah kehidupan itu.apakah makna kehidupan untukku.semakin ku mengoreksi,semakin ku keliru.keliru dalam langkah.hingga ku keliru,siapakah aku untuk kehidupanku.Sehingga tahap kekeliruanku,ku jumpa jalan untuk memohon petunjuk.dan padaMu lah ku memohon petunjuk itu.semakin ku ingin meminta petunjukMu,semakin ku perlu dekat padaMu.Dekat padaMu semakin membuat ku mengenalMu. Semakin ku mengenalMu,semakin ku mengenal diri ini.Tunjukkan kami jalan yang lurus.Jalan yang Kau aturkan membawa ku ke jalan yang terindah untuk hidupku.Terima Kasih Tuhan Atas Cinta dan SayangMu.

Terima Kasih Atas Perhatian dan Cinta dan SayangMu…

Thursday, November 11, 2010

Hati Wanita~

i got its from someone's blog...

Hati wanita,

Hatinya begitu lembut,

Namun agak sukar untuk disentuh,

Bila sudah disentuh jangan sesekali melukainya.

Hati wanita,

Bila sudah ditawan dia bagai layang-layang yang memerlukan tali,

Semakin kuat tali semakin kuat kebahgiannya,

Ketenangan hatinya akan kekal selagi mana tali itu tidak dikasari oleh orang lain.

Hati wanita,

Lembutnya bagaikan kapas dan embunan salji diTurkey,

Sekali digapai dia akan tetap dalam genggaman,

Apabila dilepaskan ia akan cair dan mengalir ke tanah,

Namun dia tetap akan mengingati siapa yang menggenggamnya pada awal penurunannya.

Hati wanita,

Kelembutannya itu tersirat pada batinnya,

Luarannya terkadang seperti kerasnya batu di Bukit Fraser,

Bila tiba waktu kekerasannya menonjol, biarkan lah dia untuk seketika,

Kerana kelebutannya akan terserlah selepas matahari senja terbenam.

Hati wanita,

Cemburumu membuktikan kasih sayangmu tidak terperi,

Kasih sayang terpancar dengan segala ragam kemarahanmu,

Cemburumu itu kadang-kadang tidak difahami oleh mereka yang bergelar lelaki,

Namun jauh di sudut hati mereka, sangat menyayangimu.

Hati wanita,

Ku mohon kemaafan pada hati yang telah terluka,

Bukan niatku untuk melakukannya,

Namun terkadang aku terleka dengan ujian dunia,

Menjadikan aku alpa pada PENCIPTA.


 Hati wanita,

Biarpun hatimu itu telah terluka,

Kesalahanku tidak mendapat kemaafan,

Kau biarkan diri ini menanggung derita,

Hidup dalam rasa bersalah menjadikan diriku tidak keruan,

Namun percayalah tidak pernah terlintas untuk menyakitinya.

Hati wanita,

Bila disentuh ia akan bergoncang,

Berkoncang seperti mana gempa bumi di Medan,

Jangan dikotori kesuciannya,

Lupakan kisah lama,

Semailah ia dengan roh KEIMANAN,

agar segala luka dan lara dapat diubati sebaiknya.

"MAAFKKAN DIRI INI WAHAI TEMAN"