Wednesday, January 19, 2011

Puisi untuk Sahabat~


Sahabat,
Mungkin aku tak mampu memberi sesuatu
Mungkin aku tak mampu menunjukkan rasa
Mungkin aku tak mampu menemani tiap masa dan ketika
Mungkin aku tak mampu menghilangkan perihmu.

Sahabat,
Mungkin engkau tak tahu
Betapa berertinya engkau di mataku
Mungkin engkau tak pernah tahu
Betapa sayangnya aku padamu,

Sahabat,
Kadang-kadang ku bersikap egois
Tak ingin mengambil tahu hal dirimu
Kadang-kadang ku menjadi posesif
Ingin kau selalu bersamaku.

Sahabat,
Kadang-kadang ku ingin kau mendengar segala ceritaku.
Kadang-kadang ku ingin kau mendengar masalah-masalahku.
Dan mungkin ku tak pernah tahu apa ceritamu
Apatah lagi masalahmu.



Sahabat,
Seringkali luka ku berikan
Seringkali kecewa ku berikan
Seringkali pengabaian ku lakukan
Pada hatimu yang penuh kelembutan.

Sahabat,
Matamu indah tatkala menangis
Tapi pantaskah kita menangis
Ketika ujian itu datang?
Ketika dugaan datang menghadang?
Ketika ditimpa oleh kesulitan?

Sahabat,
Jadikan airmata kita satu kekuatan
Bukankah cita-cita kita ingin menjadi satu inspirasi pada dunia
Sebarkan kecintaan,
Sebarkan kebaikan.

Sahabat,
Dapat ku ungkapkan
Saat jiwa kita termiliki
Pantaslah kita berbahagia
Menggenggamnya penuh kasih.

Sahabat,
Cintaku sentiasa mengiringimu
Yang mungkin tak kau tahu kebesarannya
Bersemangatlah seperti mentari
Ia ceria menyinari hari.

Sahabat,
Kasihku sentiasa mengiringimu
Yang mungkin tak kau tahu ketulusannya
Jadilah kita seperti mawar
Harum tetap terjaga.


Sahabat,
Semoga kita mampu menjadi kupu-kupu
Mengebarkan sayap cantik
Memburu cita-cita
Meski harus bertatih.

Sahabat,
Semoga Allah meredhai persahabatan ini
Saat ia dalam dihiasi ketaatan
Saat ia dapat saling menjaga
Saat ia saling menasihati.

Sahabat,
Uasah letih menyayangiku
Usah letih mncintaiku
Kerana aku takkan pernah letih menyayangimu
Kerana Allah.

Sahabat,
Aku menyayangimu dan mencintaimu kerana Allah..


Sunday, January 16, 2011

Masa itu Waktu~


“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakn amal soleh.Dan saling menasihati untuk kebenaran.Serta saling menasihati untuk kesabaran..”
“Masa itu seperti emas.”
“Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak memotongnya,maka ia akan memotongnya.”
Apabila berkata mengenai masa,kata-kata itulah yang bermain di minda.masa itu satu ruang waktu yang tak dapat disentuh.Tapi ia sesuatu yang kita rasa.Kita merasa masa itu amat pantas berjalan.Kita merasa masa itu amat perlahan sekali.Kadang-kadang kita merasa kita tidak mempunyai masa yang cukup.Kadang-kadang kita merasa kita terlalu banyak masa kosong.Itulah masa lapang!

Bila tiba waktu cuti,minda mula berkira-kira pelbagai rancangan masa cuti.Melancong,menonton filem,berjalan-jalan,memasak,dan sebagainya agar masa terisi.Tetapi adakah semua memanfaatkan nikmat tersebut?Rasulullah S.A.W bersabda :
“Dua nikmat yang sering manusia lupakan ialah nikmat sihat dan masa lapang”

Masa lapang itu nikmat bagi kita.Tapi ramai yang alpa.Tenggelam dengan nikmat yang tersedia.Lalu apakah yang harus kita lakukan untuk nikmat itu.Syukurilah!Bagaimana untuk mensyukuri? Manfaatkan ia dengan sebaiknya.Masa yang berlalu walau sedetik cuma ia takkan berulang.Ia takkan kembali.Jangan biarkan kita menangisi masa yang berlalu telah lalu itu.Kita takkan pernah tahu sampai bila harus kita hidup bersama masa ini.Berhentinya nadimu,maka berhentilah waktu untukmu.

Oleh itu,menggunakan peluang dan nikmat ini untuk sesuatu yang berfaedah dan memberi manfaat adalah tindakan seorang yang bijaksana.Tiada istilah ‘boring’ dan ‘bosan’ dalam kamus hidupnya.Kerana ia merasa waktu itu amat berharga walau sesaat.Menjaga watu sama bererti mensyukuri nikmat yang ada.

Ingin manfaatkan cuti yang ada.Insya Allah

Saturday, January 15, 2011

Sedikit Dariku~


Bila bersendirian,Allah menguji keikhlasan..
Bila punya masalah,Allah memberi kedewasaan..
Bila kesakitan,Allah melatih kesabaran..

Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang melainkan DIA menggantinya dengan yang lebih baik.Allah tak pernah menjadikan sesuatu yang tidak kita mahu melainkan DIA memberikan hikmah di setiap kejadian.



Ini dariku untuk diriku.Andai sedang bersedih,pujuklah hati yang suci dan jernih,bicaralah pada akal yang bersih,
“Jangan putus asa dan jangan pula bersedih tetapi optimislah.Allah bersertaku.Allah bersamaku.Allah akan menolongku.Allah yang memberikan kebahagiaan untukku.Allah jualah sebaik-baik pelindung untukku.Allah lah yang memeliharaku.Aku ada Allah”

Ini dariku untukku.Cukuplah kemuliaanmu dengan menjadi seorang muslimah.Cukuplah akhlak yang baik menjadi kecantikanmu.Bukan pada cantiknya pakaianmu.Bukan pada emasmu.Cukuplah kata-kata yang baik menjadi kekayaanmu.Bukan hartamu.

‘JANGANLAH KAMU BERSIKAP LEMAH,DAN JANGANLAH PULA KAMU BERSEDIH HATI,PADAHAL KAMULAH ORANG-ORANG YANG PALING TINGGI(darjat), JIKA KAMU ORANG-ORANG YANG BERIMAN ‘[surah Ali Imran ayat 139]

Ini dariku untukku.Segala kekeliruan yang telah berlalu,jadikan ia satu pengajaran untukmu.Perbaiki ia untuk masa yang mendatang.Perbaiki dirimu,Allah akan redha denganmu.Peliharalah hatimu,Jagalah Allah maka Allah akan menjagamu.Jadikan hidupmu indah dan satu hamparan untuk membuat kebaikan.Jaga hubunganmu dengan-Nya,maka segalanya akan terasa indah.Kerana hidup ini indah untuk dinikmati.

Ini sedikit dariku.Beramallah untuk akhirat seiring duniamu..

Maka Tersenyumlah!~

“kesedihan itu tak kan abadi”
“La Tahzan..”
“Tak Usah bersedih,pasti ada hikmahnya..”
Itu antara untaian kata-kata yang lahir dari hati mahupun bibir untuk memujuk hati yang sedang kesedihan.Kerana apa kita sedih?gagal dalam pelajaran?dikhianati kawan?putus cinta?disisih sahabat?dibuang keluarga?kehilangan insan tersayang?dan sebagainya..itu lumrah dalam satu kehidupan.Itu lumrah dalam satu perasaan.Lawan sedih itu bahagia.Itulah roda kehidupan,kadang-kadang bahagia terasa,sedih menyapa,namun kedua-duanya punya air mata.Bagaimana untuk tidak merasa sedih?maka haruslah bahagia.Bagaimana untuk bahagia?Maka tersenyumlah!

senyum itu boleh jadi redha,
senyum itu juga satu pemberian,
senyum itu tanda bahagia
senyum juga satu sedekah!


Maka tersenyumlah wahai diri..
Meniti kehidupan ini,ada pasang surutnya,ada naik turunnya,ada suka dukanya.Apa yang diberi-Nya itulah yang terbaik untukmu.Apa yang kau dapat itulah yang sebenarnya kau perlukan.Apa yang kau miliki,hargai dan syukurilah.DIA yang menatap lembut dirimu maka DIA yang tahu apa yang terbaik untukmu.

Maka Tersenyumlah diri..
Sebagai manusia,kau hanya merancang.Yang menentukan Yang Maha Esa.DIA lah sebaik-baik perancang.Rencana-NYA itu pasti sesuai dengan kehendakmu kerana DIA tahu kemampuan dan keperluanmu.Ilmu-NYA itu luas dibandingkan dengan ilmumu.Ilmu-NYA itu tak terjangkau oleh pemikiran manusia.Sesunggunya DIA yang Maha Mengetahui.

Maka Tersenyumlah diri..
Ujian apa pun yang menimpamu,itu tanda sayang-NYA.Maka jadikan ujian itu untuk menambah cinta mu juga kepada-NYA.Bersabar dengan segala yang mengujimu.Itu semua adalah tanda kasih dan perhatian-NYA padamu.Ingatlah,bahawa ada lagi yang lebih sengsara,derita dan berduka darimu.DIA takkan mengujimu sesuai dengan kesanggupanmu.bersyukurlah..

Maka Tersenyumlah diri..
Meski selalu rapuh dalam langkah,dan kadang tak setia pada-NYA,tapi bergantunglah selalu pada-NYA.DIA sebaik-baik tempat pergantungan dan tempat berharap.DIA yang Maha Kuasa,maka kau takkan kecewa.Percayalah diri bahawa janji-NYA itu pasti.Tiada pengkhianatan,malah memberi harapan.

Maka Tersenyumlah diri..
Segala yang kau mohon pada-NYA,dan DIA memberikan itulah nikmat untukmu.Nescaya jika kau menghitung segala nikmat-nikmat yang DIA kurniakan,pasti takkan terhitung.Bersyukurlah pada DIA Yang Maha Pemberi.

Maka Tersenyumlah wahai diri..
Semua yang terjadi akan berakhir dan akan kembali pada-NYA..

Friday, January 14, 2011

Lembaran Wanita Solehah~

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Sentiasa bersama senang dan susah

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong nya ketika derita dan susah

seindah perhiasan ialah wanita solehah

Mengalir air mataku melihat pngorbanan puteri solehah
Puteri Rasulullah namanya Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya setia tak berubah
Wanita penghulu syurga itulah Siti Fatimah

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabarnya Siti Sarah
Catatan hidup nya memerlukan quwwah
Moga mnjadi teladan para muslimah

Semoga jiwaku tabah
Setabah jiwa umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tak membantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah Siti Hajar teladan wanita solehah

Mampukah aku mnjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah harum tersebar
Bagai wanginya pusaraMasyitah..