Sunday, April 17, 2011

Cerita mereka vs cerita saya

Alhamdulillah.
 Syukran Ya Allah.Nikmat Iman dan Islam masih Engkau kurniakan.


Hari ini chat dengan ummi tersayang yang baru  sahaja balik dari kampung.Pelbagai cerita dikongsi.Maklumlah,bila dah lama tak berbual,macam-macam cerita yang akan keluar.Rindu betul saat-saat di rumah dulu bila 'lepak' dengan keluarga sambil menonton Forum Perdana  ditambah lagi dengan makanan ringan atau masak maggie malam2.Itulah yang mengeratkan ukhuwah antara ahli keluarga.

Berbalik kepada 'dialog' aku dan ummi,aku dapat rasakan mereka benar2 gembira dapat balik kampung.Malah berjumpa dengan saudara yang sudah lama tak bertemu.(macam raya lah pulak).Aku amat cemburu mendengar cerita itu.Lagi-lagi ummi uploadkan gambar-gambar mereka di kampung.Meronta-ronta hati ingin pulang.Tapi aku sedar,aku amatlah jauh beribu-ribu batu.

Ketika melihat gambar-gambar,aku renung adik-adik yang saya rindui.Dah besar rupa-rupanya mereka.Entah-entah mereka lebih tinggi dari aku! Aku di'angau' kerinduan sebentar.Rindunya aku nak bergurau senda dengan mereka.Nak bermain-main dengan mereka.
aku sayang keluargaku!


Ummi cakap adik-adik aku dah matang.Baguslah tu. Aku tumpang gembira dengan cerita ummi.Itu cerita mereka.Cerita aku?cerita aku tiada yang menarik.Seperti biasa,bila ummi bertanya,aku akan jawab,
"Baru habis exam/masih dalam fatrah imtihan/" atau "baru habis program/tengah sibuk berprogram".Itulah ceritaku.

Memang cerita mereka seronok dan esok lusa aku akan tunggu ummi atau adik-adik saya on9 untuk mendengar cerita baru dari mereka.Semoga cerita-cerita mereka dapat memberi inspirasi pada aku untuk terus berjuang di bumi anbiya' ini.Insya Allah.Semoga cerita-cerita mereka juga dapat aku jadikan separuh dari ceritaku.

Ya Allah,rahmatilah keluargaku..AMIIN