Wednesday, January 27, 2010

hiKmah berdiam Diri..

“diam itu bijaksana,tapi sangat sedikit pelakunya”
Tidak dinafikan manusia berbicara setiap masa..malah ia perlu sebagai komunikasi antara manusia.namun bicara itu ada dua,bicara yang baik ataupun bicara yang kurang baik atau ‘cakap lepas’..
Bagi mereka yang beriman,lidah yg dikurniakan oleh Allah tidak digunakan untuk berbicara yg sia-sia ataupun berbicara sesuka hati.sebaliknya digunakan utk mngeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah..oleh itu DIAM adalah bnteng bagi lidah manusia mngucapkan kata-kata yang sia-sia..


HIKMAH DIAM :
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.


Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
• "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat ABU NAIM)

• "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

• "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)

Madah Dari Hukama:
• BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
• MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
• KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mngalahkan syaitan kecuali dengan diam..berbicaralah bila perlu dan keluarkanlah perkataan yang baik-baik..kerana kita manusia bersifat pelupa..sering tersasar bila berkata,melukakan hati tanpa sedar,kerana lidah itu lebih tajam dari mata pisau..sebaiknya berfikirlah sebelum bercakap…