Thursday, September 23, 2010

tOlong samPaikan paDa si dia~

Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia,Cinta agung adalah cintaNYa..
Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong beritahu si dia,jgn mencintai diriku lebih dari dia mncintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingatiYang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari dia mndoakan ibu bapanya…


Tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ adanya Syurga..
Tolong katakan pada si dia,dahulukan kedua ibu bapa kerana di situ telapak syurganya..

Tolong ingatkan pada si dia,aku terpikat keranan imannya,bukan rupa..
Tolong ingatkan pada si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan pada si dia,aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,bila dia mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia,aku masih miLik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,tnggungjawabnya besar terhadap keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta tatkala cita2 masih blum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan dia,bila jarak menjadi penyebab bartambah rindunya..

Tolong pesan padanya,aku tak mahu mnjadi fitnah besar kpdnya..
Tolong pesan padanya,aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Esa mnjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia,aku tak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita2 nya..
Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,hbngan ini terjaga slagi dia mnjaga hbngan dngan yg maha kuasa..
Tolong sampaikan pada si dia kerna aku tak mampu mmberitahu dirinya sndiri..

Hanya Engkau Ya Allah mngetahui siapa si dia
Moga pesananku sampai kepadanya..
Kerana dia manusia biasa..
Syukran Ya Allah..

hamiSyiqah_phillea91@y.c